Skip to main content

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa diucapkan buat ayah tercinta Khairi Bin Abdul Majid.

Kalau aku ingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 2005 pasti aku akan menangis mengenangkan perjuangan ayah. Walaupun ayah bukan perwira negara tapi jasanya tetap kukenang. Suatu masa dahulu ayah pernah diberhentikan kerja di sesebuah firma yang agak besar. Mungkin ayah tak ada kelulusan tapi pengalamannya sepatutnya dihargai. Aku tutut bersedih kerana buat pertama kalinya aku melihat ayah tak boleh tidur selama seminggu kerana memikirkan apakah pekerjaan yang boleh dilakukannya setelah diberhentikan. Kami tidak punya rumah untuk diduduki selain rumah sewa itu. Kasihan ayah....


Benarlah kata orang kadang- kadang Allah hilangkan matahari kita bersedih. Tapi rupa - rupanya Allah nak berikan kita pelangi. Setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Rupa- rupanya dengan sifat berjimat - cermat mak selama ini kami dapat beli rumah sederhana di Kota Masai, ayah berjaya dapat pekerjaan baru yang gajinya sekali ganda dari tempat lama. Aku dan adikku berjaya menghabiskan ijazah kami dengan jayanya.


Tahun ni, insyaallah kalau diizinkan oleh Allah akan menyahut seruan Kaabah..... mudah - mudahan terkabullah hasrat mereka nak ke sana.


Terima kasih ayah dan mak atas segala pengorbanan. Jasamu takkan kami lupakan...


Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

KERETA ACCIDENT APA NAK BUAT

Kalau boleh semua orang taknak  mengalami kemalangan. Dah berhati-hati tapi dah ditakdirkan mengalami kemalangan nak buat macamana kan. Bila anda terlibat dengan kemalangan apa yang perlu anda buat adalah: Selepas berlaku kemalangan, letak kenderaan anda pada bahu jalan agar tak menghalang lalu lintas. Periksa kerosakan kenderaan anda dari luar. Ambil gambar kenderaan yang melanggar dan ambil detail kendaraan terbabit meliputi nombor plat kenderaan dan road tax kenderaan. Ambil gambar kerosakan yang berlaku kepada kenderaan anda. Dapatkan maklumat pemandu kenderaan yang melanggar atau terlanggar kereta anda. Minta kad pengenalan mereka dan ambil gambar. Sekiranya menolak, nyatakan bahwa mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, karena menghalang hak anda sebagai pihak yang dilangga untuk mendapatkan maklumat diri pihak pelanggar. Dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan apabila ianya kenderaan persendirian atau nombor telefon syarikat sekiranya yang ...