Demam kuning memang banyak menyerang bayi yang baru lahir. Walaupun penyakit ini biasa terjadi tetapi ia boleh mengancam nyawa bayi jika tiada rawatan yang sewajarnya.
Malah ia juga sedikit sebanyak mengganggu disiplin ibu-ibu yang
sedang menjalani rawatan berpantang.Ini kerana jika si anak terpaksa di
masukkan ke hospital, ibu pula terpaksa berulang alik untuk menjengok
dan menyusukan bayi mereka.
Semasa saya melahirkan anak sulung saya, Nurul Afrina tidak terkena jaundis yang teruk.
Namun ketika malahirkan anak kedua saya (lelaki), Afief terkena jaundis yang agak tinggi menyebabkan saya merasa agak risau.
Sebelum ni saya ada pengalaman dengan adik bongsu yang dahpun di tingkatan 4 sekarang ni yang mengalami jaundis yang agak lama nak sembuh. Mak mandikan dengan bunga yang dibeli di sinseh. Bunga tu harus direbus dan akan mengeluarkan air berwarna kuning. So, teringatkan peristiwa itu saya decide tok mandikan Afief dengan air tersebut.
Kelmarin saya mengambil keputusan untuk membawa Afief ke klinik homoepati. Kesan ubat homoepati yang agak panas menyebabkan Afief tidak berhenti-henti menyusu.
Semalam saya kongsi status di fb saya dan ini antara feedback sahabat fb saya.
Bila suami saya bertanya kepada kakaknya yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Taiping, Kak Long berkata tak perlu risau insyaallah dalam masa 2 minggu Afief akan sihat seperti biasa. Jika dalam tempoh 2 minggu jaundisnya semakin tinggi (sekarang turun naik bacaannya) barulah Afief akan dimasukkan wad. Lega sikit hati ni.
Antara petua lain :
1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu
panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca
luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi
supaya tak terkena silau .
2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.
4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan Mandikan bayi dalam berapa hari.
6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang
bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.
7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje )
kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini
memang berkesan.
Comments
Post a Comment
KOMEN