Skip to main content

PENDERAAN KANAK-KANAK

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Dah lamaaa sangat tak menulis di blog ni. Dah bersawang gamaknya. 

Just nak share kat korang kat luar sana mengenai tajuk yang sedang hots dan meletups sekarang ni pasal pencabulan kanak-kanak. 

Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 menjadikan ibu bapa atau pengasuh yang diamanahkan oleh ibu bapa itu bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dari dianiaya, diabai, dibuang atau didedah kepada sesuatu yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi. 
Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Seksyen 31(4) menghuraikan perbuatan pengasuh sebagai ‘mengabaikan kanak-kanak’ di mana pengasuh tidak beri makan kepada kanak-kanak di bawah asuhannya sedangkan pengasuh bertanggungjawab dan berupaya memberi makanan, menyediakan penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi bagi kanak-kanak di bawah asuhannya itu tetapi dia tidak berbuat demikian. 

Akta Kanak-kanak 2001 menghuraikan pengabaian sebagai kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak.

Nampak tak betapa besarnya tanggungjawab orang dewasa terhadap kanak-kanak?  Dah tu kenapa sambil lewa jaga kanak-kanak tu? 

Dalam Islam, anak-anak adalah amanah Allah yang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Jika tidak, ibubapa akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Ini jelas dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya." Memberi kemahiran kepada anak-anak untuk mengelakkan diri dari serangan seksual adalah salah satu unsur penting dalam pemeliharaan amanah ini. Semoga kita tidak tergulung dengan mereka yang telah mempersia-siakan amanah tersebut.

credit to: ikim.gov.my dan  utusan online.




 

Comments

Popular posts from this blog

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P

Rahsia banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut

Assalamualaikum,  Ada setengah orang berharap susunya banyakkkk tapi malas nak pam susu masa di pejabat. komitmen kena tinggi barulah dapat hasilkan stok susu untuk bayi dengan banyak. Pedulikan orang yang dapat stok penuh freezer tu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Anak saya yang sulung ecslusive breastfeeding selama 6 bulan. Alhamdulillah, tapi lepas 6 bulan susu start berkurang. Mungkin salah saya juga sebab saya tak rajin bangun malam untuk pam maka stok tak cukup terutama bila saya kena outstation (perkara yang saya sangat takut sebab saya target nak susukan dia hingga dia berumur 2 tahun). Selain dari komitmen ibu-ibu, pemakanan ibu pun turut memainkan peranan....hurm....jom kita baca artikel dari Puan Suriya Majid Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastinya ib