Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Panduan Penyusuan Ketika Berpuasa

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payudara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara. Perlu anda maklum bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa. FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang terkumpul di dalam payudara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila banyak FIL berkumpul di dalam payudara akibat kurangnya rangsangan penyusuan d
Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa? Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah); susu atau yogurt rendah lemak; sup jernih. Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera; protein daripada ayam, daging atau ikan, atau le