Skip to main content

Posts

Showing posts with the label amalan harian

CARA MUDAH DAPAT RM50K

Assalamualaikum CARA MUDAH DAPAT RM50K 1.ISTIGHFAR 1000 KALI 2.SOLAT HAJAT 1.Semuanya berkaitan dengan Tenaga  Sesungguhnya istighfar itu akan melahirkan tenaga positif dalam diri  kita. Bahkan tenaga istighfar itu sesungguhnya dapat melampaui  tenaga bunyi dan tenaga cahaya.  2.Istighfar dapat melenyapkan  kesukaran  Sesiapa yang ditimpa kesukaran atau kesusahan, maka hendaklah  menyebut astagfirullah wa atubu ilahi sebanyak 1000 kali, maka Allah  akan menghapuskan segala kesukaran tersebut.  Maksud hadis: Sesiapa yang ditimpa kesukaran atau kesusahan, maka hendaklah  menyebut astagfirullah wa atubu ilahi sebanyak 1000 kali, maka Allah  akan menghapuskan segala kesukaran tersebut.  3.Perkongsian buku… Misteri Tenaga Istighfar karya Muhammad Mhyidin Tenaga istighfar akan membawa semua perasaan negatif kepada  kedamaian dan ketenangan batin. Kedamaian dan ketenangan itulah,  sesuatu solusi y...

CARA SOLAT SUNAT TAHJUD

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Firman Allah SWT.:   “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”   (Surah Isra’; ayat 79) . Rasulullah SAW bersabda:   “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”     (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.) ...

SOLAT SUNAT TAHJUD

Quote: Assalamualaikum w.r.t Ustaz, Saya mempunyai kemusykilan dalam perkara solat tahajjud. Ada sesetengah buku mengatakan bahawa solat tahajjud hanya boleh dibuat setelah tidur selepas solat isyak (samada lama atatu sekejap) , jika tak tidur tidak digolongkan di dalam golongan solat tahajud manakala ada sesetengah pendapat dalam buku lain pula mengatakan selepas solat Isyak boleh diteruskan solat tahajjud. Boleh tak ustaz mengulas perkara ini dan kalau tidak menjadi keberatan, bolehkah ustaz memberi penjelasan cara solat tahajjud rasullulah s.a.w serta para sahabat atau ulama/imam yang terkenal dan kelebihan2nya? terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu wassalam. Jawapan Terima kasih kerana masih terus menjadikan aL-Ahkam online sebagai rujukkan anda. Alhamdulillah inilah jawapannya:  (1) Firman Allah Taala: "Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, muda...

Cara mendidik anak cara Alquran

10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung

Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita. Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat. 1.Makanan Beroat Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri. 2.Salmon Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus. “Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com. 3.Avocado Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yan...

Amalan Almathurat

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT 1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut... 2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani... 3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )... 4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin... Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu sep...

Amalan Ibu Hamil

Kredit to http://treesna.wordpress.com Amalan ketika kandungan 5 bulan Setiap Isnin & Khamis membeca surah Al-Fath (kemenangan) Setiiap kali solat membaca surat An-Nashr Setiap kali mendengar azan dan iqomah meletakkan tangan di atas perut Setiap pagi sebelum sarapan, makan telur rebus yang dibacakan Al-fatihah terlebih dahulu Bagus lagi kalau setiap kali usai shlat subuh membaca surat Al-Ikhlas 50 kali, khatam Al-qur’an, solat malam selama 40 malam berturut-turut, mandi tiap hari Ju’mat selama 40 hari Jum’at, makan buah pear [ada banyak manfaat, salah satu biar si baby kacak/cantik]… *****kalau aku buat mana yg termampu ajerla*****cara nak khatam Al-Quran dalam waktu yg singkat baca 3 Qul ajer (ihiks)

Rahsia & Khasiat Surah-Surah Al-Quran

Credit to pesonatasia.blogspot.com 1.BASMILAH Maksudnya: Dengan nama Allah Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa yg membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. 2.SURAH AL-FATIHAH Maksudnya: Pembukaan Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat dan fardunya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa yang membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardu nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah SWT dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya...