Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Resipi

Hrmmm... Hari ni aku rasa macam nak try wat karipap takpun roti canai... Kentang dah ada kat umah 2..ayam pon ada. So kalo wat kuah kari kira cara la kan... Hehehe.... Baru nak cuba...wat karipap / roti canai nih. Maklumlah selama ni asik pandai makan jer. Kenala belajar - belajar masak dah jadi bini orang ni. Haa aku sertakan resipi kedua - dua masakan yg aku rasa teringin nak cuba nih... KARIPAP DAGING Bahan-bahan Inti: 3 biji kentang dipotong dadu. 200g daging cincang 2 sudu besar rempah kari daging 1 labu bawang besar dipotong dadu 5 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih -ditumbuk 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk 1 sudu besar udang kering-ditumbuk Setangkai daun sup }dihiris Sedikit gula & garam Cara membuat inti: Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan. Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering. Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa diucapkan buat ayah tercinta Khairi Bin Abdul Majid. Kalau aku ingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 2005 pasti aku akan menangis mengenangkan perjuangan ayah. Walaupun ayah bukan perwira negara tapi jasanya tetap kukenang. Suatu masa dahulu ayah pernah diberhentikan kerja di sesebuah firma yang agak besar. Mungkin ayah tak ada kelulusan tapi pengalamannya sepatutnya dihargai. Aku tutut bersedih kerana buat pertama kalinya aku melihat ayah tak boleh tidur selama seminggu kerana memikirkan apakah pekerjaan yang boleh dilakukannya setelah diberhentikan. Kami tidak punya rumah untuk diduduki selain rumah sewa itu. Kasihan ayah.... Benarlah kata orang kadang- kadang Allah hilangkan matahari kita bersedih. Tapi rupa - rupanya Allah nak berikan kita pelangi. Setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Rupa- rupanya dengan sifat berjimat - cermat mak selama ini kami dapat beli rumah sederhana di Kota Masai, ayah berjaya dapat pekerjaan baru yang gajinya sekali ganda

Fadilat Bulan Rejab

Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut: Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha". Oleh kerana itu dianjurkan: 1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah) 2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis) 3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir) 4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedek