Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

PERGINYA SEORANG AZIZUS ZAMAN BIN OMAR

Assalamualaikum, Semalam 23 Mac 2011...aku terima sms dari sahabat menyatakan pemergian sahabat karibku Azizus Zaman Bin Omar akibat kemalangan jalanraya di Lebuhraya Pasir Gudang pada 22 Mac 2011. Bila mengenangkan arwah sayu rasa hati kerana arwah seorang yang baik hati, tidak mudah marah malah beliau adalah seorang sahabat yang begitu disenangi di kalangan rakan - rakan dekat mahupun jauh. Senyuman adalah peneman hidup arwah. Mungkin benar kata orang, orang yang baik biasanya akan diambil oleh Allah lebih dahulu. Lebih membuat aku sayu kerana isteri arwah sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka. Arwah pernah kata yang dia tak sabar nak melihat anaknya lahir bulan April nanti. Ternyata arwah tak dapat melihat lahirnya bayi sulung mereka. Mudah-mudahan arwah ditempatkan di kalangan para tabiin dan para syuhada....Al-Fatihah...

MUKA PENIPU....

Kalau perasan aku ada tulis satu post kat dalam blog ni tahun lepas tentang penipuan di Internet yang aku dan peniaga online dok terkena.... Semalam aku ada terima emel dari seorang teman Puteri Alisya....ada attachment berkaitan muka2 penipu 2. Kepada mereka yang tak percaya...lihatla modus operandinya terutamanya no. fon memang sama.

Pemanduan Wanita Hamil

Disebabkan opisku akan berpindah dari Wisma Persekutuan Johor bahru ke Taman Setia Tropika di Kempas maka aku mengambil inisiatif untuk membeli sebuah kereta Kancil auto untuk memudahkan aku berulang alik ke tempat kerja yang sememangnya tiada kemudahan bas dari Pasir Gudang. Dengan keadaan aku yang dah mengandung tujuh bulan ni aku mencari tips-tips bagi pemanduan wanita hamil. Kredit untuk http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/05/memandu-semasa-kehamilan.html Memandu Semasa Kehamilan Bagi golongan ibu hamil yang memandu kereta, keadaan fizikal ibu hamil adakalanya menggangu keselesaan sewaktu memandu kenderaan. Sebenarnya tiada masalah untuk wanita memandu sewaktu hamil selagi ia menjaga segala risiko yang boleh mendatangkan bahaya terhadap dirinya dan kandungan. Perlu juga anda ketahui bagaimana mengatasi masalah yang timbul ketika memandu berkaitan dengan kehamilan anda. Berikut antara tip yang boleh anda gunakan sewaktu memandu kenderaan ketika hamil. Trimester Pertama Selalunya