Skip to main content

Pemanduan Wanita Hamil

Disebabkan opisku akan berpindah dari Wisma Persekutuan Johor bahru ke Taman Setia Tropika di Kempas maka aku mengambil inisiatif untuk membeli sebuah kereta Kancil auto untuk memudahkan aku berulang alik ke tempat kerja yang sememangnya tiada kemudahan bas dari Pasir Gudang. Dengan keadaan aku yang dah mengandung tujuh bulan ni aku mencari tips-tips bagi pemanduan wanita hamil.




Kredit untuk http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/05/memandu-semasa-kehamilan.html

Memandu Semasa Kehamilan
Bagi golongan ibu hamil yang memandu kereta, keadaan fizikal ibu hamil adakalanya menggangu keselesaan sewaktu memandu kenderaan. Sebenarnya tiada masalah untuk wanita memandu sewaktu hamil selagi ia menjaga segala risiko yang boleh mendatangkan bahaya terhadap dirinya dan kandungan.

Perlu juga anda ketahui bagaimana mengatasi masalah yang timbul ketika memandu berkaitan dengan kehamilan anda. Berikut antara tip yang boleh anda gunakan sewaktu memandu kenderaan ketika hamil.


Trimester Pertama

Selalunya pada peringkat awal kehamilan ini, anda mengalami gejala morning sickness. Keadaan tubuh yang tidak sihat ditambah dengan gejala mual, muntah dan pening, sebaiknya anda tidak memandu sendirian ketika ini.

•Makan terlebih dahulu walaupun sedikit sebelum memandu. Jika tidak, perut yang kosong boleh menyebabkan anda mual ketika memandu tambahan pula apabila terkena penghawa dingin dalam kereta.
•Sediakan air dan makanan ringan dalam kenderaan.
•Anda boleh juga makan gula-gula atau chewing gum daripada halia ketika memandu untuk menghilangkan rasa mual.
•Sediakan plastik beg dalam kenderaan untuk kecemasan jika anda muntah.
•Sewaktu memandu jika tiba-tiba anada rasa pening atau mual ingin muntah, segera perlahan kenderaan dan berhenti di tepi jalan yang selamat. Berehat seketika sebelum memulakan perjalanan semula. Gunakan laluan tepi agar memudahkan anda untuk berhenti apabila perlu.

•Jika keadaan anda teruk dan gejala yang dialami tidak hilang, jangan teruskan pemanduan. Hubungi keluarga atau kenalan untuk datang membantu anda.

Trimester Kedua

•Jika anda bercadang mahu memandu untuk suatu perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama, sebaiknya dapatkan dahulu pemeriksaan kesihatan dan kandungan anda agar tiada sebarang masalah yang timbul.
•Berhenti seketika jika terasa tulang belakang anda mula sakit.
•Jika otot atau sendi anda mula terasa pegal dan ngilu, berhenti seketika dan bawalah berjalan atau lakukan sedikit senaman regangan yang membantu menenangkan tubuh.

Trimester Ketiga

•Letaklah bantal kecil di belakang anda sewaktu memandu untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa pegal dan sakit belakang.
•Jika anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan anda mulai letih, carilah tempat perhentian. Jalan yang sesak boleh membuatkan anda letih, otot kekejangan dan stress.
•Ketika memandu dan tiba-tiba anda mengalami kontraksi ringan, berhenti sebentar. Turunkan tempat duduk agar anda dapat berbaring dan berehat seketika hingga rasa kontraksi itu hilang sebelum menyambung semula pemanduan. Jika kontraksi tidak hilang, segera dapatkan bantuan orang lain untuk mengambil anda.
•Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng. Pastikan kaki boleh menekan pedal sepenuhnya.
•Sebaiknya di akhir kehamilan anda dinasihatkan tidak memandu kerana ini mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan kandungan. Mintalah suami menghantar dan mengambil anda di tempat kerja.





Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

KERETA ACCIDENT APA NAK BUAT

Kalau boleh semua orang taknak  mengalami kemalangan. Dah berhati-hati tapi dah ditakdirkan mengalami kemalangan nak buat macamana kan. Bila anda terlibat dengan kemalangan apa yang perlu anda buat adalah: Selepas berlaku kemalangan, letak kenderaan anda pada bahu jalan agar tak menghalang lalu lintas. Periksa kerosakan kenderaan anda dari luar. Ambil gambar kenderaan yang melanggar dan ambil detail kendaraan terbabit meliputi nombor plat kenderaan dan road tax kenderaan. Ambil gambar kerosakan yang berlaku kepada kenderaan anda. Dapatkan maklumat pemandu kenderaan yang melanggar atau terlanggar kereta anda. Minta kad pengenalan mereka dan ambil gambar. Sekiranya menolak, nyatakan bahwa mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, karena menghalang hak anda sebagai pihak yang dilangga untuk mendapatkan maklumat diri pihak pelanggar. Dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan apabila ianya kenderaan persendirian atau nombor telefon syarikat sekiranya yang ...