Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Hukuman meninggalkan solat dalam kesesakan lalulintas

Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas? Bolehkah saya melakukan solat jama'  dalam keadaan begini?  Jawapan - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh diitinggalkan walau dalam apa jua keadaan. Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh menjamakkan solat antara zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak. Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam Fatawanya, sekiranya seseorang yang berniat musafir, boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar. Ini disebabkan kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat. Walaubagaimana pun

Pandangan MUIS Berkenaan Meraikan Perayaan Agama Bukan Islam

Setiap individu muslim hendaklah meyakini bahawa hanya Islamlah agama yang benar dan diterima Allah SWT. Firman Allah dalam al-Quran (Ali 'Imran: 19): Yang bermaksud: "Sesungguhnya agama di sisi Allah SWT ialah Islam." Seorang Muslim juga perlu meyakini bahawa agama selain daripada Islam adalah ditolak dan tidak diterima oleh Allah SWT. Firman Allah (Ali 'Imran: 85) Yang bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk di kalangan orang yang rugi." Oleh kerana itu, setiap tindakan, amalan atau pengucapan seorang Muslim yang menggambarkan seolah-olah beliau menerima kepercayaan dan amalan agama lain hendaklah dihindari. Namun begitu sifat toleransi dalam Islam tidak sama sekali menghalang penganut agama lain mengamalkan ajaran agama yang mereka anuti. Hakikat ini dapat kita fahami melalui beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah SWT (al-Baqarah: 256): Yang bermaksud: "Tia
This is an e-mail from (IPPJ Sdn Bhd) sent by Farhana ( hana.khairi@gmail.com ). You may also find the following link interesting: http://www.ippj.com.my/index.php/component/content/article/46-karnival-mahabbah-ikimfm/51-karnival-mahabbah-ikimfm-2012.html