Skip to main content

Pandangan MUIS Berkenaan Meraikan Perayaan Agama Bukan Islam

Setiap individu muslim hendaklah meyakini bahawa hanya Islamlah agama yang benar dan diterima Allah SWT. Firman Allah dalam al-Quran (Ali 'Imran: 19):

Yang bermaksud: "Sesungguhnya agama di sisi Allah SWT ialah Islam."

Seorang Muslim juga perlu meyakini bahawa agama selain daripada Islam adalah ditolak dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Firman Allah (Ali 'Imran: 85)

Yang bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk di kalangan orang yang rugi."

Oleh kerana itu, setiap tindakan, amalan atau pengucapan seorang Muslim yang menggambarkan seolah-olah beliau menerima kepercayaan dan amalan agama lain hendaklah dihindari.

Namun begitu sifat toleransi dalam Islam tidak sama sekali menghalang penganut agama lain mengamalkan ajaran agama yang mereka anuti. Hakikat ini dapat kita fahami melalui beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah SWT (al-Baqarah: 256):

Yang bermaksud: "Tiada paksaan dalam beragama."

Islam juga tidak menghalang umatnya untuk berbuat baik kepada penganut agama lain yang tidak menyatakan permusuhan kepada umat Islam. Firman Allah SWT (al-Mumtahanah: 8):

Yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

HUKUM MELIBATKAN DIRI DALAM PERAYAAN BUKAN ISLAM

1. Telah menjadi kesepakatan para ulama muslimin bahawa adalah haram bagi mana-mana orang Islam menyertai atau melibatkan diri dalam mana-mana perayaan yang berkaitan dengan ajaran agama bukan Islam apatah lagi sekiranya disertakan dengan perlakuan atau ucapan yang haram, seperti minum arak, pergaulan bebas, mengucapkan keberkatan dan seumpamanya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

Maksudnya: Barang siapa yang menyerupai dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan. (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ahmad; al-Suyuti menyatakan hadith tersebut bertaraf Hasan dan al-Albani menyatakannya sebagai hadith Sahih).

'Ata' bin Dinar pula telah berkata bahawa Umar r.a. berkata: Janganlah kamu memasuki gereja orang musyrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka. (Ibn Taimiyyah, Iqtida' al-Sirat al-Mustaqim wa Mukhalafat Ashab al-Jahim). Kehadiran sebegini mungkin boleh menggambarkan keredaan kita terhadap amalan mereka tersebut.

2. Andainya perlakuan atau ucapan yang lahir daripada orang Islam itu menggambarkan reda dengan agama mereka seperti memuja, menyembah dan memuji-muji sembahan mereka, maka perkara tersebut dibimbangi boleh membawa kepada kemurtadan.

3. Adalah dibenarkan kepada orang-orang Islam untuk melibatkan diri dalam majlis keraian orang-orang bukan Islam yang tidak berkaitan dengan ajaran agama seperti majlis keraian sempena kejayaan dalam kerjaya, majlis keraian sempena kejayaan anak-anak, majlis perayaan berkaitan rumpun bangsa yang tidak ada kaitan dengan kepercayaan agama mereka dan seumpamanya. Kesemua ini dengan syarat tidak bercampur dengan perkara-perkara jelas haram di sisi Islam, seperti minum arak, berzina, memakan makanan yang tidak halal dan seumpamanya.


credit to isma johor

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

KERETA ACCIDENT APA NAK BUAT

Kalau boleh semua orang taknak  mengalami kemalangan. Dah berhati-hati tapi dah ditakdirkan mengalami kemalangan nak buat macamana kan. Bila anda terlibat dengan kemalangan apa yang perlu anda buat adalah: Selepas berlaku kemalangan, letak kenderaan anda pada bahu jalan agar tak menghalang lalu lintas. Periksa kerosakan kenderaan anda dari luar. Ambil gambar kenderaan yang melanggar dan ambil detail kendaraan terbabit meliputi nombor plat kenderaan dan road tax kenderaan. Ambil gambar kerosakan yang berlaku kepada kenderaan anda. Dapatkan maklumat pemandu kenderaan yang melanggar atau terlanggar kereta anda. Minta kad pengenalan mereka dan ambil gambar. Sekiranya menolak, nyatakan bahwa mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, karena menghalang hak anda sebagai pihak yang dilangga untuk mendapatkan maklumat diri pihak pelanggar. Dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan apabila ianya kenderaan persendirian atau nombor telefon syarikat sekiranya yang ...