Skip to main content

AKU DITIPU!!!!

Cerita yang kuambil dari blog waadat.blogspot.com ini sama seperti cerita aku...
bezanya nama dan nombor telefon telah ditukar untuk tujuan penipuan!!! yg peliknya aku yg bijak pandai ni boleh jadi bodoh seketika transfer duit yang dimintanya 2.
Petang ni baru nak wat police report. Sepatutnya penjual yg tipu pembeli ni tak... penjual yang kena tipu. APA KESS???? Apapun aku tak halalkan duit aku 2 1 sen pon.

Perkara yang berbeza: No. HP# 0128474333
No. HP# 0168080333

Berdasarkan nombor akaun tu aku dah dapat detect siapa pemilik akaun tersebut, orang Sarawak. tapi itu belum boleh didedahkan selagi aku belum dapat kepastian dari pihak polis....
Aku sedih sangat sebab aku bukannya bisnes besar-besar. Sebulan sekali ada orang order pon payah sejak aku transfer ke JB ni. Nak dapat 50 seminggu pon payah.
Orang yang wat benda ni 2 orang sorang laki & sorang perempuan. Setiap kali aku kol sik memenjang ada kat bank. Ker sebenarnya dia memng kerja kat bank???

No akaun Cimb ac 11015014047521 wati binti bakri.
Kalo periksa kat CIMB No KP owner ni menunjukkan dia memang Pn. Wati tu....memangla aku tau aku takkan dapat duit 500 aku 2. Walaupun sedih tapi aku kena balik rumah dengan wajah ala - ala ceria untuk mengelak ditanya oleh suami aku agar suami aku tak tahu aku ada masalah negara.


WAADAT.BLOGSPOT.COM

TUESDAY, DECEMBER 22, 2009
Apabila terlalu banyak '? ? ?'
Demang terima SMS berikut minggu lepas:

"Askum,saya pengiran haji awg julainie dan untie saya sangat berminat utk jadi rakaniaga produk sdr bagi pasaran kami di negeri sarawak dan juga brunei.brapakah harga yang boleh ditawarkan utk pengambilan 500 botol minyak morhabshi dan 500 biji kapsul super.emailkan kpd saya senarai harga ke aawgjulainie@yahoo.com/fareastgrp@gmail.com atau faxkan ke 082311216.tqvm,regards"

Demangpun membalas SMS tersebut namun tiada balasan. (Demang hantar sekali lagi SMS yang sama, masih tiada balasan. Hantar email pula maklumat yang sama. Pun tiada balasan. Betul ke ni? -persoalan pertama)

Namun Demang tetap mengarahkan bahagian pengeluaran dan penghantaran bersedia bagi membuat pengiriman.

Sebelum ini Demang tak kesah, orderlah 1000 botolpun, satu senpun Demang tidak minta deposit. Namun setelah beberapa kali mengalami masalah pembeli senyap dan bayaran lenyap, maka kali ini Demang meminta sedikit wang pendahuluan. Maksud Demang bagi pembelian borong. Untuk pembelian runcit Demang masih beri kelonggaran kepada pelanggan untuk membayar selepas produk tiba.

Terbaru (dua bulan lepas), 300 botol yang dihantar ke Kulim terus senyap sunyi hingga kini. SMS terakhir yang Demang hantar dua minggu lepas sepi tak berbalas. Bertepuk sebelah tanganlah Demang!

Beberapa hari kemudian, pada suatu malam Demang dapat panggilan daripada 'pengiran' tersebut. Nampaknya mereka serius. Ketika sedang rancak berbincang, talian terputus. Demang cuba hubungi, tak dapat. Tak apalah. Demang tak jadikan itu satu persoalan.

Kemudian tengahari tadi seseorang yang mengaku PA kepada pengiran tersebut menghantar sms menggunakan nombor HP yang sama. (PA dan bos berkongsi HP? - persoalan kedua).

"Askum,saya puan wati bakri drp fareast group companies dan pa kpd pengiran hj awg julainie ts dtk hj awg musthapa diarah supaya pihak tuan dpt sahkan semula ac no dan jumlah utk pembyran produk.kjp lagi saya ke bank utk masukan duit tersebut setelah untie tuan hj drp ttkan wang.tk diatas kerjasama dan perhatian tuan."

Tidak lama kemudian, Demang menerima pula SMS berikut:

"En azman,cl saya skrg.kredit saya dah abis dan saya kat bank skrg.tk"

Hati Demang tertanya-tanya, takkan lah syarikat besar pakai HP prepaid, kot? Untuk makluman, nombor HP inilah yang digunakan oleh 'pengiran' sejak awal termasuk menelefon Demang pada waktu malam. Kini PA beliau membawa HP ini ke mana-mana. Apa hubungan mereka sebenarnya? Ini boleh dijadikan persoalan ketiga!

Oleh kerana PM kita mengatakan 'Rakyat Didahulukan' maka Demangpun menelefon lah dengan semangat 1 Malaysia 'Pelanggan Didahulukan'.

'Puan Wati' tersebut memberitahu bahawa 'Auntie' sudah tersilap memasukkan 3750 dalam nilai Dollar Brunei sedangkan deposit yang Demang minta ialah dalam Ringgit Malaysia. Masalahnya ialah mereka terlebih bayar, yakni apabila ditukar kepada RM sudah menjadi RM8 ribu lebih! "Kaya lah Demang!"

Sebenarnya Demang memang tidak mampu memahami masalah tersebut, sekadar mengiyakan sahaja dalam telefon. Kalau banyak bertanya nanti, melambung pulak bil Celcom Demang!

Nampaknya sudah empat, lima dan enam persoalan dalam kepala Demang.

Menurut mereka, bagi menebus kesilapan tersebut Demang diminta memasukkan RM478.17 ke dalam akaun beliau. (SMS yang Demang terima bertulis: Cimb ac 11015014047521 wati binti bakri.rm478.17.tk)

Demang juga diminta menelefon 'pengiran' bagi mendapatkan keterangan lanjut. Menurut 'pengiran' tersebut beliau berada di luar kawasan dan tidak dapat memberikan RM478.17 tersebut kepada PA nya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Itulah sebabnya mereka terpaksa 'meminjam' wang Demang. Setelah urusan selesai wang Demang itu akan dikembalikan.

Oleh kerana banyak tanda soal sejak awal urus niaga ini, maka Demang jadi curiga. Samalah macam Demang curiga pada Anwar yang acap kali berdolak dalik, terutama dalam isu Saiful.

Demang segera menghubungi emak menakan Demang, akauntan CIMB. Beliau menasihatkan Demang untuk tidak meneruskan urusniaga tersebut.

Maka Demangpun mengambil keputusan berdiam diri dan tidak lama kemudian SMS berikut tiba:

"Askum,Saya dah lama tung gu kat bank dan kenapa tidak dimaklumkan kpd saya tuan tak dpt bank in kan kpd saya jadi saya tak tunggu kat bank lama.adakah perlu saya batalkan urusniaga nie?tk"

Terus terang, Demang rasa simpati dengan SMS tersebut. Sama seperti simpati Demang pada Anwar ketika mula beliau dipecat dulu. Namun persoalan baru pula muncul. Adakah urusan bank tersebut tidak boleh ditangguhkan esok? Demang tidak memaksa mereka membayar hari ini. Minggu depan pun boleh. Takkan lah dek kerana tidak dapat mendahulukan RM478.17 itu maka semua urusniaga dibatalkan terus?

Makin besar persoalan dalam benak Demang.

Akhirnya Demang ambil keputusan, biarlah Demang terlepas 'kontrak besar' yang belum tentu daripada Demang rugi tak tentu pasal.

Ada dua mesej daripada cerita benar tadi:
Pertama, dalam urus niaga, berhati-hatilah kerana keuntungan yang dijanjikan mungkin hanya umpan bagi mendapatkan wang anda semata-mata.

Kedua, dalam politik, berhati-hatilah kerana perubahan yang dijanjikan mungkin hanya umpan bagi meraih kuasa semata-mata.

ni plak bukti-bukti aku...

Nama pengadu: Norfarhana Binti Khairi
No KPT: 820602086408
NO HP: 0177018763
Blog: http://noryusmazrifanna.blogspot.com
28 Dis 2009 – Terima sms daripada nombor 0128474333
31 Dis 2009- reply ke emel
Date Thu, Dec 31, 2009 at 9:22 AM
Subject HARGA UNTUK AHLI/RAKANIAGA
mailed-by gmail.com
hide details 12/31/09 (7 days ago)
HARGA COCOA COLLAGEN: (RM69.90)
BELI SECARA LOOSE: RM 69.90 (FREE POS REGISTER)
BELI SECARA PUKAL RM 520 (10 SET/ PER KOTAK)….TERMASUK KOS POS
HARGA sabun SUCCI: (RM43.90)
BELI SECARA LOOSE: RM43.90 sebotol(KOS POS RM8)
BELI SECARA PUKAL: RM 35 sekotak (KOS POS RM8) minima 10 botol
GURAH VAGINA:
BELI SECARA LOOSE: RM55 (KOS POS RM8)
BELI SECARA PUKAL: RM45 (5 BOTOL KE ATAS)~ KOS POS RM 8

terima sms pada 3 Jan 2010 dan emel pada 3 Jan 2010
From Hana Khairi
To wanfadillah@yahoo.com, fareastgrp@gmail.com
From Wan Fadillah Ts Dtk Wan Junaidi
To Hana Khairi

Date Sun, Jan 3, 2010 at 6:02 PM
Subject Re: HARGA UNTUK AHLI/RAKANIAGA
mailed-by yahoo.com
signed-by yahoo.com
hide details Jan 3 (3 days ago)
Assalamualaikum Puan hana,

Saya dan untie saya drp Brunei bersetuju untuk menjadi rakan produk yang disenaraikan bagi pasaran beberapa rangkaian perniagaan kami di Negeri Sarawak dan juga Brunei dengan jumlah

1. Cocoa Collagen 10 set
2. Sabun Succi 50 kotak
3. Gurah Vagina 50 botol
Smskan kepada saya jumlah semua produk dan account no utk tindakan selanjutnya. Saya akan maklumkan kepada puan setelah wang dimasukkan kedalam account puan.Say dan untie saya drp Brunei amat menghargai diatas peluang perniagaan ini.
Tqvm, regards
your faithfully,
(Wan Fadillah Hj Wan Junaidi)

Kuching, Sarawak
Tel 0128474333/019864333

Terima sms pada 4 Jan 2010 dan reply emel pada 4 Jan 2010
Date Mon, Jan 4, 2010 at 9:29 AM
Subject Re: HARGA UNTUK AHLI/RAKANIAGA
mailed-by gmail.com

Waalaikumussalam,
Saya akan emelkan senarai harga untuk tindakan puan.
Terima kasih.
From hana.khairi@gmail.com
To Wan Fadillah Ts Dtk Wan Junaidi

Date Mon, Jan 4, 2010 at 12:21 PM
Subject Re: Re: HARGA UNTUK AHLI/RAKANIAGA
mailed-by gmail.com
hide details Jan 4 (3 days ago)
SENARAI HARGA:
1. Cocoa Collagen 10 set : RM520 (10 SET)
2. Sabun Succi 50 kotak: RM 35X 50 = 1750 + 10 (KOS POS)
3. Gurah Vagina 50 botol: 45x50 + 10 (KOS POS)
JUMLAH: RM 4540

BARANG DIANGGARKAN AKAN SAMPAI DALAM TEMPOH SEMINGGU HARI BEKERJA
PENGHANTARAN AKAN DIBUAT HANYA SETELAH PEMBAYARAN DIBUAT.

TERIMA KASIH.

Terima sms pada 5 Jan 2010
Askum,saya puan wati bakri drp fareast group companies dan pa kpd Wan Fadillah Ts Dtk Wan Junaidi diarah supaya pihak tuan dpt sahkan semula ac no dan jumlah utk pembyran produk.kjp lagi saya ke bank utk masukan duit tersebut setelah untie en. wan drp ttkan wang.tk diatas kerjasama dan perhatian puan."

Masa ni sorang laki tepon (konon En. Wan)Menurut mereka, bagi menebus kesilapan tersebut aku diminta memasukkan RM478.17 ke dalam akaun beliau. (SMS bertulis: Cimb ac 11015014047521 wati binti bakri.rm478.17.tk)


sms terakhir aku terima pada pukul 16.33 5 Jan 2010
salam puan norfarhana/en wan fadillah, transaksi telah saya masukkan ke dalam ac norfarhana khairi cimb ac 01090086862522 berjumalah rm10124.20/BND4540 dan saya dimaklumkan oleh pegawai bank untuk transaksi wang luar negara ianya memakan masa 1 hari masa bekerja. saya minta maaf banyak - banyak di atas kesulitan yang timbul dan ianya bukanlah disengajakan.

Comments

  1. assalamualaikum,

    bila baca cerita ni, saya terpanggil nak berkongsi yg saya pun pernah alami nasib yg sama dgn org yg sama...ms tu saya baru nak belajar berniaga...melayang duit saya RM300++, ralat sgt...tak berani nak cerita pd suami saya yg saya dah transfer duit kat akaun diorg, bila dia tanya saya just ckp tak transfer ape2 pun pd wati bakri tu...ms tu saya tak terpikir langsung, maklum la org br nak berniaga, tak tau selok-belok tipu muslihat camni...tak terpikir gak nak buat report polis....

    no tel pun sama - wati bakri (0168080333) & en wan fadillah (0128474333)...saya masih simpan no tel org2 ni, utk tujuan berhati2...and few months pas tu, diorg anta sms semula pd saya guna nama lain, saya layan je...

    sampai ke hari ni & sampai bila2 pun, saya takkan ampunkan org2 ni & takkan halalkan setiap sen yg diorg amik dr saya...biarlah Tuhan saja yang membalas perbuatan diorg tu terhadap org yg tak brp senang cam saya ni....

    ReplyDelete
  2. setakat ni da 3 orang da contact saya yang kena tipu dengan orang yg sama. Hairan kan??? polis wat per dengan kes csmnih...tolongla...xkan nak jadi kena tipu macam arwah sosilo baru nak disiasat kot... pleasela!!!!

    ReplyDelete
  3. dunia sekarang. xtipu xleh nak hidup..macam2 manusia sekarang ni..dan pelbagai tipu muslihat.

    ReplyDelete
  4. salam.. saya terpangggil utk berkongsi kes penipuan dengan orang yang sama.. Saya bearu sahaja menjadi salah satu stokis produk Kecantikan..

    Mereka telah SMS saya..
    saya bg semua no sms ni

    kepala penjahat-
    Wan fadillah-019-8664333

    Pekerja yang sesak konon-
    Wati bakri-016-8080333

    Pemandu yang xde duit RM 10 konon-
    En.Rambli- 014-6386383

    Hajjah Maimunah - Datin Konon
    012-8474333

    Pn. Afiza Jelo
    CIMB Akaun- 111039128508

    pegawai bank cimb yg bekerja lebih masa
    Wan Salehiddin Wan mohbar
    11150068945521

    kronologi ditipu lebih kurang sama dgn crita2 di atas..

    konon2.. menggunakan nama syarikat mestari jaya..

    bila sy tpn mestari jaya..

    rupa2nya sy telah di TIPU

    ReplyDelete
  5. ya allah.. binasakan mereka yang telah tipu aku n juga kwn2 ku yang tlh di tipu... aku x halal 1 sen pun.. semoga org yg tipu aku n kwn2 aku tu hidup x berkat..

    ReplyDelete
  6. sy dr kuching..baru jek kene semalam..rugi rm478.17..same tactic!!!phone no pun same...pagi nih diorg call and promise akan masukkan duit tu by today...so, wait and see sebab my husband dah pegi buat report polis pagi nih...kalau dieorg tak masukkan duit jugak polis kuching ni akan investigate this case...so, whoever yg penah kene please share..nak buat bhn bukti nanti..and ONE more thing...dieorg siap sms my 1c no and address rumah utk meyakinkan sy yang dieorg x tipu...so, tunggu la by ptg nih..

    ReplyDelete
  7. Saya pun dah terkena dan bayar RM850 kat 2 ekor jahanam ni. Petang tadi dah buat report polis. Kita sama -sama report supaya polis buat siasatan, then buat tuntutan pada tribunal tuntutan pengguna, maxis, tunetalk, amybank dan cimb boleh block akaun diaorang dan polis boleh buat siasatan dan kes menjadi benar. Biar orang yang bersalah ini dihukum, suka-suka tipu orang yang baru nak berniaga secara jujur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terkena..tp saya xbayar pun..rasa jd tanggungjawab kita untuk berkumpul dan hukum mereka berdua tu...macam mana kes polis tu??napa xbuat tangkapan lagi???dah ramai yang terkena dan mereka akan terus perdayakan peniaga2

      Delete
  8. Terima kasih......

    Saya nyaris terkena gak hari ni... Nama PA mmg sama dan no akaun... Alhamdulillah.... Saya siap sms suruh dia bertaubat...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular posts from this blog

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

Rahsia banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut

Assalamualaikum,  Ada setengah orang berharap susunya banyakkkk tapi malas nak pam susu masa di pejabat. komitmen kena tinggi barulah dapat hasilkan stok susu untuk bayi dengan banyak. Pedulikan orang yang dapat stok penuh freezer tu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Anak saya yang sulung ecslusive breastfeeding selama 6 bulan. Alhamdulillah, tapi lepas 6 bulan susu start berkurang. Mungkin salah saya juga sebab saya tak rajin bangun malam untuk pam maka stok tak cukup terutama bila saya kena outstation (perkara yang saya sangat takut sebab saya target nak susukan dia hingga dia berumur 2 tahun). Selain dari komitmen ibu-ibu, pemakanan ibu pun turut memainkan peranan....hurm....jom kita baca artikel dari Puan Suriya Majid Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastiny...