Skip to main content

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA



Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian.

JENIS DADAH PERANGSANG
Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BULL turut mengandungi dadah jenis ini. Pengambilan DPR pada tahap sederhana boleh menghilangkan rasa letih dan berupaya meningkatkan tumpuan dan perhatian pengguna dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Dadah perangsang berat (DPB) pula boleh menyebabkan ketagihan. Contohnya seperti kokain, amfetamin, serta dadah pengurang berat badan seperti fenmetrazin, metilfenidat. Terdapat juga dadah terbitan amfetamin yang menghasilkan kesan sederhana berbanding dengan amfetamin. Pengguna dadah DPB mengakui bahawa dadah ini menyebabkan mereka berasa kuat, berupaya membuat keputusan yang tepat, meningkatkan keyakinan diri, tidak mengantuk, dan berasa kenyang (tiada selera makan) untuk jangka masa singkat.

Telah jelas bahawa dadah DPB boleh mengganggu fungsi normal badan dan menyebabkan penyakit mental. Kecacatan anggota badan berlaku kepada janin ibu mengandung menagih amfetamin. Di antara pengguna dadah kumpulan ini yang telah diberi liputan meluas oleh media massa ialah Diego Maradona, pemain bola sepak sensasi pasukan Argentina. Beliau telah didapati mengambil dadah kokain semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Tujuannya untuk menaikkan kembali prestasinya yang menurun akibat umur yang lanjut, membina keyakinan diri serta mengurangkan berat badan. Lanjutan penggantungan daripada menyertai kejohanan tersebut, Maradona telah bertindak secara tidak waras dengan menembak para wartawan yang membuat liputan kes itu menggunakan senapang angin. Contoh ini betapa dadah jenis ini mempengaruhi mental pengguna.

Pengambilan DPB sama ada melalui suntikan, menghidu, merokok, atau memakan boleh menyebabkan kesan ketagihan walaupun baru pertama kali diambil. Apabila kesan perangsang berkurang, emosi pengguna mula tertekan dan mereka terpaksa mengambil dadah tambahan untuk mengekalkan kesan tersebut. Biasanya kuantiti pengambilan dadah selanjutnya adalah lebih besar kerana badan pengguna telah berupaya mengurangkan kesan perangsang kuantiti yang diambil sebelumnya. Kesan sedemikian dikenali sebagai toleran. Pengambilan yang lebih besar ini berkemungkinan menghasilkan kesan toksik dalam badan. Gejala toksik ini dikesan apabila penagih mulai berpeluh, khayal, muntah, sawan, dan serangan sakit jantung.

Kokain
Kokain ialah perangsang semula jadi yang diperoleh daripada daun pokok Erythroxylon coca yang banyak ditanam di tanah tinggi Andes di Amerika Selatan. Pada zaman dahulu, daun pokok ini dikunyah untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan. Kini hasil kokain yang diekstrak berupa sejenis cecair likat berwarna perang, yang dikenali sebagai bes kokain. Dengan melakukan tindak balas kimia, bes kokain ditukar menjadi garam kokain, sejenis serbuk putih.

Kes penyalahgunaan kokain kebanyakannya berlaku di Amerika Syarikat. Di rantau Asia Pasifik, dadah ini tidak popular lagi kerana harganya mahal berbanding dengan ganja atau dadah opiat. Berdasarkan rekod tahun 1985, dilaporkan harga satu gram kokain di pasaran gelap Amerika Syarikat pernah mencapai RM400.

Dalam bidang perubatan, kokain diguna untuk mendapatkan kesan bius dan mengecutkan salurah darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil.

Salah Guna dan Bahaya Kokain
Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampur dengan bahan lain seperti laktosa. Biasanya ia diambil dengan cara menghidu atau suntikan. Ia jarang diambil secara menelan terus disebabkan kokain tidak stabil terhadap rembesan asid yang terdapat dalam perut.

Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah rekreasi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah berlebihan diambil, penyakit sawan berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.

Amfetamin
Amfetamin pada mulanya diperkenalkan untuk melegakan hidung tersumbat dan resdung (rhinitis) kerana amfetamin dapat mengecutkan saluran darah di hidung. Kini amfetamin dan terbitannya masih digunakan kepada pesakit narkolepsi (penyakit tidur sepanjang masa), kanak-kanak yang hiperaktif serta untuk mengurangkan berat badan. Penggunaan amfetamin meningkat semasa Perang Dunia Kedua kerana ia diambil bagi mengelakkan tertidur semasa peperangan.

Selain daripada amfetamin, terbitan amfetamin lain termasuklah dekstroamfetamin dan methamfetamin. Walaupun terbitan amfetamin memiliki struktur kimia yang berbeza, namun kesannya adalah sama. Kini di Malaysia, dadah amfetamin dan terbitannya diletakkan di bawah bidang kuasa Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982 yang bertujuan melindung masyarakat daripada bahaya salah guna dadah.

Penagih yang mengambil amfetamin sama ada melalui suntikan atau memakan terus akan merasai dua fasa kesan yang berbeza; fasa meningkat (rush) dan fasa menurun (crash). Semasa fasa meningkat, penagih mengalami halusinasi bunyi dan penglihatan, perasaan seronok dan khayal (euforia). Fasa ini lebih cepat diperoleh melalui suntikan. Dengan itu ia diambil secara suntikan, bukan lagi melalui mulut. Fasa menurun pula merupakan fasa yang ditunjukkan oleh kesan pengurangan dadah di dalam badan. Di antara kesannya ialah rasa mengantuk serta tidur untuk jangka masa lama, bergantung kepada jumlah dos yang diambil. Fasa ini akan dirasai sehingga beberapa hari selepas amfetamin diambil.

Salah Guna dan Bahaya Amfetamin
Bagi pencuba yang baru pertama kali mengambil amfetamin, kesan yang dirasai ialah peningkatan tumpuan dalam aktiviti yang dilakukan, perasaan gembira, peningkatan kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan. Keracunan juga berlaku dan di antara gejala keracunan termasuklah gelisah, fikiran keliru, tekanan darah tinggi, denyutan jantung cepat serta tidak seragam, kesakitan dada dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala, dan suhu badan meningkat. Dalam kes keracunan teruk, mereka akan mendapat gejala seperti sawan, suhu badan melebihi 40oC, serangan mengejut penyakit jantung, strok, dan kematian. Dakwaan kebolehan luar biasa seperti cubaan terbang dari bangunan tinggi pernah dilakukan oleh penagih amfetamin. Mereka juga bersikap ganas kerana amfetamin telah mempengaruhi otak.

Amfetamin Sebagai Ubat
Dalam bidang farmasi, terdapat ubat yang merangsang sistem otak dan berguna dalam pengawalan berat badan. Ubat ini dikelaskan sebagai ubat anorektik. Antaranya termasuklah fenmetrazin, benzfetamin, klorfentermin, klortermin, fenfluramin, mazindol, fendimetrazin, dan fentermin. Kesan ubat kelas ini adalah sama dengan amfetamin dan penggunaannya memerlukan pengawasan doktor perubatan. Kebiasaannya, doktor hanya menggunakan ubat ini sebagai langkah terakhir dalam mengurangkan berat badan selepas diet serta langkah-langkah lain tidak berjaya. Satu perkara lain yang menarik kini ialah kecenderungan atlit sukan menyalahgunakan ubat ini bagi mengekalkan berat badan terutamanya dalam acara sukan yang berdasarkan kategori berat badan seperti tinju. Jadi badan sukan antarabangsa terpaksa menjalankan ujian dadah bagi mempastikan atlit yang bertanding bersih dari ubat jenis ini.

Selain daripada mengurangkan berat badan, terdapat ubat lain iaitu metilfenidat yang digunakan untuk merawat tingkah laku hiperaktif kanak-kanak. Penggunaan ubat ini juga perlukan pengawasan doktor. Doktor akan menerangkan kepada ibubapa akan bahaya yang terdapat pada ubat ini. Sekiranya ubat ini diambil berlebihan, kesan yang diperolehi adalah sama dengan amfetamin.

Sebagai penutup, dadah yang diterangkan di atas mempunyai keupayaan ketagihan serta merosakkan sistem otak apabila disalahgunakan. Dalam kebanyakan kes penyalahgunaan, status kemerosotan mental penagih bergantung kepada tempoh penagihan. Kebiasaannya, tempoh penagihan yang lama akan menyebabkan penagih menjadi gila sekiranya tidak berakhir dengan maut.

Oleh itu, nasihat "JAUHILAH BAHAYA DADAH" dan "JANGAN HAMPIRI DADAH" hendaklah diingat selalu. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan bahaya yang akan dihadapi oleh penagih, di samping membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

   Pengedar Shaklee Anda
   017.7018763

Comments

Post a Comment

KOMEN

Popular posts from this blog

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P

Rahsia banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut

Assalamualaikum,  Ada setengah orang berharap susunya banyakkkk tapi malas nak pam susu masa di pejabat. komitmen kena tinggi barulah dapat hasilkan stok susu untuk bayi dengan banyak. Pedulikan orang yang dapat stok penuh freezer tu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Anak saya yang sulung ecslusive breastfeeding selama 6 bulan. Alhamdulillah, tapi lepas 6 bulan susu start berkurang. Mungkin salah saya juga sebab saya tak rajin bangun malam untuk pam maka stok tak cukup terutama bila saya kena outstation (perkara yang saya sangat takut sebab saya target nak susukan dia hingga dia berumur 2 tahun). Selain dari komitmen ibu-ibu, pemakanan ibu pun turut memainkan peranan....hurm....jom kita baca artikel dari Puan Suriya Majid Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastinya ib