Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

TIADA COD BUAT MASA INI

Assalamualaikum, Dah lama rasanya tak menjenguk ke blog lama saya ni. Dah bersawang gamaknya. Lama ditinggalkan blog ini kerana berhijrah ke blog baru. Namun jodoh dengan blog baru tak bertahan lama. Kalau waktu pejabat (kerajaan) memang tak akan jumpa blog tu. Makanya saya ambil keputusan untuk kembali mengaktifkan blog lama saya. Saya masih lagi pengedar Shaklee seantero pasir Gudang tapi maaf buat masa ini saya tak mampu untuk hantar ke tangan pembeli (cod). Saya hanya mampu nak hantar melalui pos direct dari Shaklee atau cik/puan ambil sendiri di kediaman saya di Taman Kota Masai. Itupun kalau ada order baru saya beli dari Shaklee sebab saya dah banyak kali terkena orangnya order tapi bila barang dah sampai senyap seribu bahasa. Maaf sangat-sangat saya memang tak mampu nak hantar kerana mengelolakan 3 orang cahayamata yang sedang membesar dan agak terlebih vitamin (terutama yang hero tu). Ketabahan saya dengan 2 orang puteri dan seorang putera sangat teruji dengan kepadatan