Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

RUPANYA BUKAN MUDAH

Jam  di dinding dah menunjukkan pukul 3.10 pagi. Mata masih terkebil-kebil padahal esok nak kerja ni...Hai mata... Nak tak nak kenala update blog ni. Kalau esok cuti kan best. Tapi jangan harap...Malaysia kalah 3-2 Piala Thomas so takder canla nak dapat holiday. Berbalik kepada tajuk tu. Nak story ckit baru balik dari Seminar Fb Genius di New York Hotel. Dapat disimpulkan bahawa semua orang yang hebat sebenarnya kena usaha hebat. Ada misi hebat. Kita semua dijadikan Allah tu hebat sangat -sangat. Tapi kita aja yang fikir kita tak hebat. Tapi, kalau rasa diri hebat tapi tak ada tindakan pun tak guna juga. Jadilah angan-angan Mat Jenin. Huhu dah pukul 3.21am .....mata da start mengantuk. Sebelum tidur jangan lupa baca doa dan maafkan orang lain. Nanti next time saya update lagi ya....

KALSIUM DAN VITAMIN C KAWAN BAIK

Perasan tak ada sesetengah kawan kita yang kuat makan tapi badan tetap maintain? Kadang-kadang rasa macam dia ada bela saka je.. Stress tengok! Hahaha... Sebenarnya bukan dia bela saka pun.. Tapi dia mempunyai kadar metabolisma yang tinggi... Metabolisma bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Menurut Kevin Zahri dalam blognya.. Kalsium dan Vitamin C adalah kawan baik  Kalsium membantu mempercepatkan metabolisma manakala Vitamin C membantu penyerapan kalsium tersebut. Lagi cepat kalsium diserap.. Lagi cepat kadar metabolisma meningkat.. Lagi cepat anda sihat dan cantik..  Pilihan saya semestinya Ostematrix Shaklee & Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.. Cuba dulu baru tau! 

SET SLIMMING SHAKLEE

Assalamualaikum Hari ni saya nak share tentang set slimming Shaklee Ramai dah share tapi saya nak share juga.... Sebelum ni suami saya memang saya bekalkan CoQ Health Shaklee ajer selama di laut. Semalam suami saya baru balik dari laut Malam semalam adalah hari pertama suami saya consume herblax. Nak detox katanya. Pagi ni dia minum chinch shake caffe latte yang sedap itu. Sebenarnya tak perlula dia nak detox sangat sebab dia dikategorikan sebagai orang yang sangat lawas. Dia berangan nak kurus macam dalam gambar ni.... Gambar 2006

MANA LAGI BEST?

Mana lagi best? Jadi surirumah ker jadi wanita bekerjaya? Jadi surirumah memang penat sebab uruskan rumah, anak-anak dan suami (tapi hari-hari boleh setelkan rumah takdela rumah bersepah macam kapal karam) Jadi wanita bekerjaya pulak lagila penat. Pergi kerja jumpa jem kemudian rushing buat kerja di opis then balik jumpa jem lagi. Sampai rumah uruskan anak-anak dan rumah serta suami...Serius lagila tertekan. Kadang-kadang kena balik lewat. Phewww....berapa jam aje anak-anak bersama dengan kita yang kononnya bekerjaya sangat tu. Kalau kita mati nanti semua benda akan terputus hubungan dengan kita tapi doa dari anak yang soleh akan membantu kita di alam kubur nanti..... Tapi ...saya dah buat keputusan cuti tanpa gaji mulai Ogos ni...mudah-mudahan masa cuti tu saya berjaya jadi WAHM yang berkaliber bersama Shaklee

AWARDS DARI SHAKLEE

Bismillah, Hari ni nak share pasal Award yang Shaklee bagi. Sepanjang bekerja di mana-mana memang tak pernah orang hargai sampai macam ni Terharu pun ada sebab maklumla penghargaan daripada boss memang susah nak dapat. Memang payah nak puaskan hati orang lain. Tapi dalam Shaklee 1st time saya merasa...mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan Shaklee saya sebagai Master Coordinator...

PROJEK MENGGAPAI BINTANG

Assalamualaikum semua, Semangat masih berkobar-kobar lepas pergi Seminar MMR (last month) dan PMB pada 3 Mei 2014.... Mesti ada yang kata kalau join Bisnes ni memang nak kena selalu keluar duit join seminar ke? Takderla sik nak join seminar jer....sekadar untuk penaik semangat. Maklumla kadang-kadang kan kita ni ada masanya down... kitakan manusia... Ada masa kita suka, ada masa kita sedih, ada masa kita stress. Apapun kena positif jangan biarkan ianya mengganggu kehidupan kita ya....

CARA SOLAT SUNAT TAHJUD

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Firman Allah SWT.:   “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”   (Surah Isra’; ayat 79) . Rasulullah SAW bersabda:   “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”     (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.) . Tujuan Solat Tahajjud .

SOLAT SUNAT TAHJUD

Quote: Assalamualaikum w.r.t Ustaz, Saya mempunyai kemusykilan dalam perkara solat tahajjud. Ada sesetengah buku mengatakan bahawa solat tahajjud hanya boleh dibuat setelah tidur selepas solat isyak (samada lama atatu sekejap) , jika tak tidur tidak digolongkan di dalam golongan solat tahajud manakala ada sesetengah pendapat dalam buku lain pula mengatakan selepas solat Isyak boleh diteruskan solat tahajjud. Boleh tak ustaz mengulas perkara ini dan kalau tidak menjadi keberatan, bolehkah ustaz memberi penjelasan cara solat tahajjud rasullulah s.a.w serta para sahabat atau ulama/imam yang terkenal dan kelebihan2nya? terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu wassalam. Jawapan Terima kasih kerana masih terus menjadikan aL-Ahkam online sebagai rujukkan anda. Alhamdulillah inilah jawapannya:  (1) Firman Allah Taala: "Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, muda