Mana lagi best?
Jadi surirumah ker jadi wanita bekerjaya?
Jadi surirumah memang penat sebab uruskan rumah, anak-anak dan suami (tapi hari-hari boleh setelkan rumah takdela rumah bersepah macam kapal karam)
Jadi wanita bekerjaya pulak lagila penat. Pergi kerja jumpa jem kemudian rushing buat kerja di opis then balik jumpa jem lagi. Sampai rumah uruskan anak-anak dan rumah serta suami...Serius lagila tertekan. Kadang-kadang kena balik lewat. Phewww....berapa jam aje anak-anak bersama dengan kita yang kononnya bekerjaya sangat tu.
Kalau kita mati nanti semua benda akan terputus hubungan dengan kita tapi doa dari anak yang soleh akan membantu kita di alam kubur nanti.....
Tapi ...saya dah buat keputusan cuti tanpa gaji mulai Ogos ni...mudah-mudahan masa cuti tu saya berjaya jadi WAHM yang berkaliber bersama Shaklee
Comments
Post a Comment
KOMEN