Skip to main content

Resipi

Hrmmm...

Hari ni aku rasa macam nak try wat karipap takpun roti canai...

Kentang dah ada kat umah 2..ayam pon ada. So kalo wat kuah kari kira cara la kan...

Hehehe....

Baru nak cuba...wat karipap / roti canai nih. Maklumlah selama ni asik pandai makan jer.

Kenala belajar - belajar masak dah jadi bini orang ni.

Haa aku sertakan resipi kedua - dua masakan yg aku rasa teringin nak cuba nih...



KARIPAP DAGING



Bahan-bahan Inti:



3 biji kentang dipotong dadu.

200g daging cincang

2 sudu besar rempah kari daging

1 labu bawang besar dipotong dadu

5 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih -ditumbuk

1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk

1 sudu besar udang kering-ditumbuk

Setangkai daun sup }dihiris

Sedikit gula & garam



Cara membuat inti:



Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.

Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.

Masukkan daging dan kentang.

Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.

Sebelum diangkat masukkan daun sup.



Bahan-bahan untuk pastri/kulit:



2 cawan tepung gandum

2 sudu besar majerin air untuk menguli.} lebih kurang

1/4 cawan secubit garam masukkan ke dalam air



Cara membuat kulit karipap:



Masukkan majerin ke dalam tepung.

Ramas tepung & majerin hingga rata.

Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh.

Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.

Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.

Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup





Ni plak resipi roti canai aku amik dari teratak chetam....



Home Made Roti Canai

Sumber : Arlina RDotNet

Bahan2

4 cwn tepung gandum

260 ml air

2 sm majerin/minyak sapi

1 bj telur

2 sm gula

1 st garam



Cara:

1. Gaul tepung bersama bahan2 lain hingga menjadi doh yang licin & sebati.

2. Bulatkan adunan seperti dlm Pic 2 (satu adunan mejadi 10 kpg roti canai). Lumurkan dengan minyak/minyak sapi (biasanya leen guna majerin+minyak)

3. Adunan hendaklah dibiarkan supaya sebati sebelum dicanai.

4. Adengan menebar bermula ... klu tak pandai menebar just canai guna tangan & tarik di sekeliling dulang

5. Pegang satu bhg tepi adunan & bulatkan (tang nie tak dapat nak snap coz dua2 belah tangan dah berminyak... heheee)

6. Panaskan kuali, leperkan adunan tadi & goreng mcm biasa.



xpon
yg lagi 1 nih...
ROTI CANAI
Sumbangan: MamaZieza RDotNet
Sumber: MamaFaMi Fotopage

Bahan
500 gm tepung
300 ml air
1 butir telur
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar shortening

Cara :
1. Sediakan bahan-bahan dan masukkan ke dalam mixer
2. Larutkan garam dalam air
3. Masukkan sedikit air garam dalam mixer, masuk sikit-sikit.
4. Buat sehingga menjadi doh
5. Bulatkan kepada 11 biji bebola
6. Lumurkan dengan majerin dan perap dalam 2 jam. Lebih lama lebih baik. Kalau semalaman lagi baik.
7. Masukkan sedikit campuran minyak dan majerin dalam mangkuk
8. Gunakan meja atau dulang besar. Minyakkan dan tepekkan sebijik doh tadi.. dan tarik-tarik.
9. Tebar seperti dalam gambar.
10.Tarik-tarik tepi doh tu sehingga menjadi nipis dan renjis dengan minyak dan majerin tadi
11. Rujuk gambar.
12. Rujuk gambar.
13. Rujuk gambar.
14. Ketepikan dalam setengah jam
15. Tekan-tekan skit
16. Boleh terus disimpan dalam bekas, lapikkan dengan plastik pada setiap keping. Kalau nak makan boleh digoreng terus..

Nota Kaki MamaFami: Roti ni tak payah goreng separuh masak dulu pun takpe... bila nak makan .. kuarkan dan goreng.

tengoklah nanti dah jadi aku upload lak aku nyer karipap/roti canai yer...
huhuhu :)














follow me....http://noryusmazrifanna.blogspot.com

Comments

  1. tahniah anda dapat award.. sila ambil award di blog saya ya..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular posts from this blog

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P

TEKNIK MARMET

Selain menggunakan pam untuk mengumpul susu perahan kita boleh melakukannya secara manual. Tidak memerlukan kos,gune tangan pun boleh dijadikan sebagai alat untuk memerah payu dara kita. Teknik ini dikenali sebagai MARMET.. Ia sungguh mudah kerana teknik ini merupakan kaedah yang banyak membantu kita mengumpul lebih banyak susu ibu berbanding menggunakan pam.. Selain itu, sentuhan kulit ke kulit (tangan ke payudara) lebih efektif dalam merangsang payu dara untuk mengalirkan susu dengan lebih lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan daripada plastik.. Dengan menggunakan teknik ini juga, kita dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara,payu dara lebam mahupun kulit di sekitar melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan.. Sebelum melakukan teknik Marmet untuk memerah payudara, kita seharusnya melakukan urutan terlebih dahulu. Dengan itu, proses pemerahan pasti akan berjalan lancar.. MENGURUT Cuci tangan ; pastikan ia bersih..tekap payudara dengan tuala