Assalamualaikum, Semalam 23 Mac 2011...aku terima sms dari sahabat menyatakan pemergian sahabat karibku Azizus Zaman Bin Omar akibat kemalangan jalanraya di Lebuhraya Pasir Gudang pada 22 Mac 2011. Bila mengenangkan arwah sayu rasa hati kerana arwah seorang yang baik hati, tidak mudah marah malah beliau adalah seorang sahabat yang begitu disenangi di kalangan rakan - rakan dekat mahupun jauh. Senyuman adalah peneman hidup arwah. Mungkin benar kata orang, orang yang baik biasanya akan diambil oleh Allah lebih dahulu. Lebih membuat aku sayu kerana isteri arwah sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka. Arwah pernah kata yang dia tak sabar nak melihat anaknya lahir bulan April nanti. Ternyata arwah tak dapat melihat lahirnya bayi sulung mereka. Mudah-mudahan arwah ditempatkan di kalangan para tabiin dan para syuhada....Al-Fatihah...
PENGEDAR ESKAYVIE PASIR GUDANG DAN SELURUH MALAYSIA AGEN BUKU DAN ALQURAN SMS/WHATSAPP:0177018763 #hanakhairi