Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Set Shaklee

Disini saya senaraikan Trial Pack Shaklee yang ada (untuk yg custom made..kene buat special request yer..InsyaAllah stok sentiada ada) SET A ~vitalea ,vitamin C, B Complex ( 3 botol fullpack ni cuma rm188 untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan. jika Trial Pack cuma RM80 utk 30hari) sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar, wanita mengandung,menyusukan anak,warga emas ... sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk SET B ~ Alfalfa, Vitalea ,vitamin C, B Complex (4 botol fullpack ni cuma rm231 untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan. jika Trial Pack cuma RM80 utk 30hari) sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar,menyusukan anak,warga emas ...(kecuali mereka yang menghidap SLE dan kecuali mereka yang mengandung) AMAT2 sesuai sekali untuk ibu2 menyusu kerana dalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak ...

Janganlah berduka jika tiba2 susu drop yer para ibu2..Jom amalkan ini..

Saya bukan LC (Kaunselor laktasi) yang bertauliah.. tetapi seringkali ibu2 di alam maya menyuarakan luahan hati..."sedih kak..susu makin kurang.. awal2 dulu banyakk..." atau ada gak yang mengadu mcm ni.. "sedih..susu kurang lepas mkn pil antibiotik demam aritu",."dan banyak lagilah....Apalah daya kuasa saya nak menjadikan susu ibu banyak..kan kan kan..Siapa lah saya juga nak memberi syarahan panjang lebar.. apa yang saya kongsikan hanyalah pengalaman sendiri (yang seciput),pengalaman kawan2 yang lebih senior ..kawan2 di alam maya atau pun di alam realiti.. dan jgn salah anggap yer..pengambilan supplemen bukannya jalan penamat atau satu2nya jalan untuk menambahkan penghasilan susu ibu.. Pengambilan supplemen hanya akan meningkatkan taraf kesihatan si ibu...disamping memperkayakan lagi nutrisi susu ibu (enriched your breastmilk) yang telah pun semulajadi kaya dengan nutrisi hasil ciptaan Allah Maha Bijaksana... Jadi...buat2 ibu yang sedang bersedih berduka lara.....

Mengapa susu saya berkurang?

credit to http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/09/mengapa-susu-saya-berkurang.html Sekadar pendapat dan pandangan. Isu mengenai bagaimana susu mulai berkurang atau cara-cara untuk meningkatkan susu akan sentiasa menjadi suatu isu yang menjadi perhatian terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja. Perkara ini lebih kerap berlaku setelah bayi diperkenalkan dengan solid food dan setelah bayi lebih aktif dan peka terhadap persekitaran luar sekaligus membuatkan bayi kurang berminat untuk memberi tumpuan untuk menyusu dibreast dalam tempoh waktu yang lama. Begitu juga dengan ada diantara bayi yang mula berubah sleep patternnya setelah meningkat bulannya, yang mana mereka tidur lebih lama ada waktu malam sekaligus berkurangnya demand ketika waktu malam. Sering ibu-ibu take for granted cara anak menyusu dan beranggapan, apabila anak sudah melekap dibreast means, that's it! Senario ini mungkin lebih berbeza kepada ibu-ibu yang menyusu sepenuh masa 24 jam, kerana anak tidak didedahkan ke...

MASALAH KESUBURAN SUAMI ISTERI

*credit to Genkimomma Semua pasangan suami isteri sudah tentu mengharapkan kehadiran cahayamata dalam rumahtangga yang dibina. Bak kata orang, anak merupakan satu anugerah dari Allah, penyeri rumahtangga dan pengikat kasih sayang pasangan suami isteri. Alhamdulillah, puteri saya lahir sebulan selepas anniversary pertama kami.♥ Namun, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tidak semua pasangan dikurniakan zuriat meskipun sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga. Kegagalan mendapatkan zuriat kadang kala turut menjadi punca keretakan rumahtangga dan seterusnya penceraian. "Dah ada baby?" "Si polan tu dah lama kawen, tapi takde anak pon lagi." "Bini dia mandul ke?" → soalan yang paling mengguris hati wanita! Berhati2 bile berkata2... Apabila bercerita tentang isu ketidaksuburan, kaum wanita biasanya sering dipersalahkan. Namun faktanya hanya 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Dan yang mengejutkan, 40% kes pula ...

IBU BEKERJA DAN MENGEPAM SUSU

Apakah kelebihannya mengepam susu di tempat kerja? Mengepam susu badan di tempat kerja boleh menjadi suatu gangguan, dan melakukan perkara yang peribadi ini di persekitaran kerja adalah pelik. Tetapi kebanyakan ibu mengetahui faedahnya adalah lebih berbanding kesukarannya. Anda akan dapat membekalkan faedah kesihatan dan khasiat yang hanya diperolehi dari susu badan kepada bayi anda, dan mengepam susu badan merupakan satu cara yang baik untuk anda berasa rapat dengan bayi anda pada waktu-waktu anda di tempat kerja. Satu perkara terbaik mengenai mengepam susu badan di tempat kerja ialah anda pulang ke rumah kepada bayi yang masih mahu menyusu - anda boleh mendakapnya dengan segera, memperkuatkan ikatan anda, dan memeliharanya dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Untuk memastikan bayi anda masih mahu menyusu apabila anda pulang ke rumah, minta penjaga anda supaya jangan memberikan susu kepadanya sejam sebelum anda pulang atau berikannya hanya sedikit susu untuk menghil...

BAGAIMANA HENDAK MENGELUARKAN BREASTMILK YANG BANYAK

Setiap kali bayi menghisap dipayudara, hujung saraf yang terdapat diputing ibu akan terangsang. Impuls akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitari merembeskan prolaktin ke dalam darah. Darah membawa prolaktin ke payudara dan menyebabkan susu terhasil. Prolaktin hanya berfungsi selepas bayi menghisap dan menyediakan bekalan susu untuk penyusuan yang seterusnya. Keseluruhan proses daripada rangsangan di puting hinggalah penghasilan susu dipanggil Refleks Penghasilan Susu atau Refleks Prolaktin. Proses penghisapan adalah sangat penting dalam penghasilan susu. *Bayi banyak menghisap, banyaklah susu akan terhasil *Bayi kurang menghisap, kuranglah susu akan terhasil *Prolaktin juga melambatkan aktiviti ovari, dengan itu ibu yang menyusu akan lambat kedatangan haid semula. Oksitoksin Dirembeskan oleh bahagian posterior kelenjar pituitari. Apabila bayi menyusu, saraf terangsang dan menghantar impuls ke otak. Hasilnya oksitoksin dibebaskan ke dalam darah dan di bawa ke payudara. Oksitoksin ber...

AKU DAN SHAKLEE

Sebenarnya tak pernah terfikir dalam kepala otak ni nak jadi ahli Shaklee. Sebenarnya benda ni berlaku secara tak sengaja. Masa dok sibuk - sibuk mensurfing internet kat umah mak (masa tu dalam pantang lagi) around akhir bulan Jun la masa tu. Masa tu first tengok website genkimomma. Then surfing punya surfing terjumpala blog Kak Yati (rahsiavitamin itew). Ingatkan nak cari yang Johorean senangla nak cash and carry ajer. Rupanya Kak Yati pon dok kat area Kulai. Agak jauh nampaknya dari Pasir Gudang nak ke Kulai Jaya (nama baru bagi Kulai). Maka dengan pantas men'sms' Kak Yati untuk bertanya tentang trialpack set B yang sangat ku sayangi. Masuk bulan ke2 dan ketiga aku menjadi pelanggan setia Kak Yati. Then adik pon dah consume set D (skincare). Alhamdulillah kulitnya dah semakin ok takla kusam macam dulu. Fikir punya fikir akhirnya aku dahpun menjadi ahli rasmi Shaklee dan juga Euphoria GBS. Cuma masalah utamanya belum sempat untuk update blog berkenaan Shaklee ni. Daripada pemb...

Testimoni Kebaikan Set Penyusuan daripada Shaklee

Oleh kerana ramai yang bertanya tentang details of set penyusuan Shaklee yang dicadangkan oleh Euphoria Group ini, maka entry ini saya kongsikan di sini. Semoga anda mendapat gambaran awal tentang kepentingan setiap vitamin/ suplemen dalam set penyusuan ini, inshaALLAH. Untuk konsultasi lanjut, sila hubungi saya secara personal di hana.khairi@gmail.com atau sms ke 017 7018763. Info credit to GenkiMomma.Net ---------------------------------------------- Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am. B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat...

DOA DAN ZIKIR MEMBANYAKKAN SUSU IBU

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.  Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Baca doa untuk ibu-ibu “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…” Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam. Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan...

Bengkel Penyusuan

Minggu lepas aku ada view laman web Dunia Susu Ibu. Then viewla entri di dalamnya, actually memang nak sangat join   apa-apa seminar ataupon bengkel berkaitan penyusuan. Bukan apa aku memang sanggup berhabis untuk menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu nih. Kalau tak takkanla aku sanggup beli breastpump elektrik yang agak mahal. Sanggup berhabis setiap bulan beli supplement Shaklee untuk tingkatkan pengeluaran susu. Bukan apa takut si Nurul Afrina tak cukup susu. Kesian dia..... Berbalik kepada bengkel yang aku nak sertai tadi, aku dahpon dapat surat tawaran dan dahpon membayar RM100 kepada urusetia bengkel. Bengkel tuh 3 hari kat UTM Skudai (16,17 & 18 hb September ni) dari pukul 8.00 pagi sampaila 6 petang. Bengkel ni untuk jadi breastfeeding  counselor......tak kisahla tuh apapon panggilannya yang penting aku memang support breastfeeding 100%.  

Pahala dan Keutamaan Ibu Hamil dan Menyusui

KREDIT KEPADA http://syamsuri149.wordpress.com/2008/07/19/pahala-bagi-ibu-hamil-dan-menyusui/ Rasulullah saw bersabda: “…Tak ada seorangpun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit karena melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang budak yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setetes pun air susu yang diisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang belakangan. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka niscaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamul layl sepanjang masa. Ketika ia menyapih anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu’.” (Mustadrak Al-Was...