Skip to main content

Posts

Amalan Almathurat

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT 1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut... 2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani... 3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )... 4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin... Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu sep...

PERGINYA SEORANG AZIZUS ZAMAN BIN OMAR

Assalamualaikum, Semalam 23 Mac 2011...aku terima sms dari sahabat menyatakan pemergian sahabat karibku Azizus Zaman Bin Omar akibat kemalangan jalanraya di Lebuhraya Pasir Gudang pada 22 Mac 2011. Bila mengenangkan arwah sayu rasa hati kerana arwah seorang yang baik hati, tidak mudah marah malah beliau adalah seorang sahabat yang begitu disenangi di kalangan rakan - rakan dekat mahupun jauh. Senyuman adalah peneman hidup arwah. Mungkin benar kata orang, orang yang baik biasanya akan diambil oleh Allah lebih dahulu. Lebih membuat aku sayu kerana isteri arwah sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka. Arwah pernah kata yang dia tak sabar nak melihat anaknya lahir bulan April nanti. Ternyata arwah tak dapat melihat lahirnya bayi sulung mereka. Mudah-mudahan arwah ditempatkan di kalangan para tabiin dan para syuhada....Al-Fatihah...

MUKA PENIPU....

Kalau perasan aku ada tulis satu post kat dalam blog ni tahun lepas tentang penipuan di Internet yang aku dan peniaga online dok terkena.... Semalam aku ada terima emel dari seorang teman Puteri Alisya....ada attachment berkaitan muka2 penipu 2. Kepada mereka yang tak percaya...lihatla modus operandinya terutamanya no. fon memang sama.

Pemanduan Wanita Hamil

Disebabkan opisku akan berpindah dari Wisma Persekutuan Johor bahru ke Taman Setia Tropika di Kempas maka aku mengambil inisiatif untuk membeli sebuah kereta Kancil auto untuk memudahkan aku berulang alik ke tempat kerja yang sememangnya tiada kemudahan bas dari Pasir Gudang. Dengan keadaan aku yang dah mengandung tujuh bulan ni aku mencari tips-tips bagi pemanduan wanita hamil. Kredit untuk http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/05/memandu-semasa-kehamilan.html Memandu Semasa Kehamilan Bagi golongan ibu hamil yang memandu kereta, keadaan fizikal ibu hamil adakalanya menggangu keselesaan sewaktu memandu kenderaan. Sebenarnya tiada masalah untuk wanita memandu sewaktu hamil selagi ia menjaga segala risiko yang boleh mendatangkan bahaya terhadap dirinya dan kandungan. Perlu juga anda ketahui bagaimana mengatasi masalah yang timbul ketika memandu berkaitan dengan kehamilan anda. Berikut antara tip yang boleh anda gunakan sewaktu memandu kenderaan ketika hamil. Trimester Pertama Selalunya ...

Amalan Ibu Hamil

Kredit to http://treesna.wordpress.com Amalan ketika kandungan 5 bulan Setiap Isnin & Khamis membeca surah Al-Fath (kemenangan) Setiiap kali solat membaca surat An-Nashr Setiap kali mendengar azan dan iqomah meletakkan tangan di atas perut Setiap pagi sebelum sarapan, makan telur rebus yang dibacakan Al-fatihah terlebih dahulu Bagus lagi kalau setiap kali usai shlat subuh membaca surat Al-Ikhlas 50 kali, khatam Al-qur’an, solat malam selama 40 malam berturut-turut, mandi tiap hari Ju’mat selama 40 hari Jum’at, makan buah pear [ada banyak manfaat, salah satu biar si baby kacak/cantik]… *****kalau aku buat mana yg termampu ajerla*****cara nak khatam Al-Quran dalam waktu yg singkat baca 3 Qul ajer (ihiks)

Rahsia & Khasiat Surah-Surah Al-Quran

Credit to pesonatasia.blogspot.com 1.BASMILAH Maksudnya: Dengan nama Allah Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa yg membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. 2.SURAH AL-FATIHAH Maksudnya: Pembukaan Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat dan fardunya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa yang membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardu nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah SWT dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya...
Selamat hari Raya Aidilfitri Mohon maaf zahir & Batin follow me....http://noryusmazrifanna.blogspot.com