Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

UBAT TERSEDAP DI DUNIA

Assalamualaikum Dah seminggu saya tak update blog saya ni. Kekangan kerja dan anak-anak yang tak sihat. Bila anak tak sihat ibunya akan jadi seperti orang tak sihat jugala kerana tak tidur malam. Adalah dalam 3 hari macam tu. Mula-mula si kakak bersambung pula dengan si adik. Si kakak memang liat nak makan ubat lagi-lagi ubat klinik. Nasib baik ada ubat sedap . Gelaran ni kakak yang bagi. Sebab ubat ni memang sedap, lepas makan 1 paket kalau boleh nak lagi dan lagi. Rasanya yang memang sedap.... memang disukai kanak-kanak. Kalau tak sakitpun kalau boleh nak makan, ubat sedap sedappnya ubat ni. tu. Bukan ajer kanak-kanak jer yang suka siapa yang tak suka telan ubat pon akan kata yang sama. Alhamdulillah  lepas beberapa kali makan ubat sedap demam dan batuk kakak dan adik cepat baik. Adikpun apa kurangnya tumpang sekaki juga. Bila ditanya sedap tak??? laju ajer jawab ....dap!!!! Inilah ubat sedap si kakak dan adik tu... Nutriferon Shaklee

PEMBUKAAN UTC JB

Assalamualaikum, Just nak bagitau uolls yang UTC JB akan beroperasi di Galleria Kotaraya pada 22 Jun 2014 ni. Sepertimana yang korang tau UTC JB ni lengkap dengan pelbagai jabatan kerajaan. Kira 1 stop centrela. Nak apa semua ada.   Dua jabatan utama yang akan jadi tumpuan pastinya Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen. Buat pengetahuan semua UTC akan beroperasi pukul 10pagi -10 malam setiap hari kecuali pada hari cuti umum. Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai & Setia Tropika  

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

PIALA DUNIA 2014

Piala dunia tahun ni akan berlangsung di Brazil. Tentu para peminat bola sepak tak sabar -sabar nak tengok pasukan kegemaran mereka beraksi kan? Saya tak kisah dan tak pernah kisah pon siapa yang menang. Ada satu benda yang agak saya kisahkan...masa tu bulan Ramadhan takutnya ada yang lebih memilih bola daripada tarawikh. Hahh..saper nak jawab??? Bercakap tentang piala dunia saya teringat suatu insiden semasa saya belajar di Cosmopoint JB dahulu. Kami berulang ke kolej menaiki Bas Maju dari Pasir Gudang ke JB setiap hari. Nak dijadikan cerita ketika musim piala dunia 2002 tiada bas yang lalu. Bayangkan perasaan saya dan kawan-kawan yang terpaksa menunggu hampir 3 jam tetapi tiada bas. Nasib baik masa tu bukan waktu exam kalau tidak terpaksa repeat paperla jawabnya. Harapnya driver bas Maju dah tak macam dulu dah cilok waktu kerja semata-mata sebab nak tengok piala dunia. Peace!!! PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG, MASAI & SETIA TROPIKA 017.7018763

TESTIMONI VIVIX DARI SAHABAT SAYA

Assalamualaikum Saya tak pernah bongkarkan tentang sahabat di opis yang mengambil vivix kerana diabetes. Dia  dah  tahap sampai dialisis....kedua-dua buah pinggang dah tak berfungsi. Tempoh hari beliau ada ambil sebotol...kebetulan masa tu dapat voucher dari Shaklee RM50 maka dapatla belikan dia harga murah sikit. Lepas dia makan Vivix tu saya tanyalah dia apa feedback lepas makan vivix Tahu tak dia kata apa? Dia kata... sebelum makan vivix akak tidur duduk sebab susah nak bernafas tapi lepas makan vivix Alhamdulillah akak dah boleh tidur baring dah... Alhamdulillah... Tu merupakan salah satu testimoni vivix ..ada banyak lagi Vivix memang agak mahal tapi kualitinya setanding dengan harga. Jom kita lihat apa kandungan yang menyebabkan vivix ni sangat best.

KAYU SUGI

Assalamualaikum, Hari Sabtu yang lalu saya dan adik berbelanja di pasar malam Kota Masai. Rupa-rupanya kalau pergi pasar malam tengok makanan macam rasa semua nak dibeli habisla juga dalam RM50...hebat juga penangan shopping di pasar malam. Di pasar malam pun sekarang dah ada jual gadget...powerbank, pendrive, segala jenis kabel dah tak payah susah-susah pergi mencari dari satu kedai ke satu kedai... Masa nak balik tu ternampakla orang jual kayu sugi. Huhu si jakun ni pergila beli sebab harga sebatang RM1.00 jer...budak yang jual tu (sekolah rendah)  siap bagi penerangan lagi macamana nak guna kayu tu. Nampak sangat pengetahuan dalam bidang kayu sugi ni sangat cetek. Apapun terima kasihla dik sebab bagi penerangan kat akak yang memang zero knowledge pasal kayu sugi ni. Bila tunjuk kat ayah dan mak, mak siap kata la....naperla pergi ambik yang besar benar tu kan susah nak gosok nanti. Hahaha manala kita ni taukan. Ingatkan lagi besar lagi bagus. Ada macam-macam sa...

RANK BLOG DI ALEXA.COM

Assalamualaikum, Tadi tengah riki-riki di Alexa agak-agaknya blog cabuk saya ni dapat rank nombor berapa agaknya ya???? Di dunia....17,118,095 kui kui kui Wow hebatnya blog  Ku Jie   ni dapat rank 500 tertinggi  Malaysia di Alexa. Follower dia sahaja mencecah 4,253 di Google+ Kau ada??? hurm memang takderla  Hebat-hebat.. Agak-agaknya berapa kali sekali agaknya dia update blog dia sampai dapat rank macam tu agaknya. Jom tengok blog dia... Ku Jie

COLLAGEN SHAKLEE JUGA BEST

Assalamualaikum Belek punya belek Catalog Xxxxxx terpandang offer bulan ni adalah kolagen jenama tersebut. Kenen punya kenen kat cik abang dia kata Kolagen Shaklee kan dah ada nak buat apa beli yang lain. Perempuankan...pantang ada produk yang lain mesti semuaa nak ditrynya. Salah sorangnya sayala tu. Last- last asben belikan sekotak yang berharga  RMxxx itu. Arini da makan botol ketiga...tak nampak perubahan apa-apapun sangat... tak macam kolagen Shaklee yang best tu. (Ingatkan lagi best dari Shaklee).... Dalam ati adala juga rasa menyesal tapi kenala habiskanla dulu sebab encik suami pastilah marah jika dia dapat tahu tak habis. Kalau makan kolagen  Shaklee makan 1 sachet pun dah nampak perubahan ketara. Kulit tak berminyak dan rasa lembut ajer. Lepas tu bila kena sinaran matahari kulit tak jadi kemerah-merahan seperti kena sunburn. Saya suka!....saya suka!.... Moral of the story ... Setialah kepada satu produk sahaja jangan sikit-sikit nak tukar. ...

VITAMIN E

Assalamualaikum semua, Hari ni saya nak share tentang vitamin E. Vitamin E boleh didapati dari sumber semulajadi seperti di bawah: kekacang seperti badam lada benggala aprikot kuaci bunga matahari bayam yang dimasakbuah avokado buah zaitun minyak dari tumbuh-tumbuhan (minyak zaitu, kelapa sawit ) herba  Apakah pula kepentingan vitamin E kepada tubuh badan kita? Vitamin E atau tokoferol merupakan vitamin yang larut dalam lemak, bersifat antioksidan dan dapat menghancurkan radikal bebas dalam tubuh yang boleh merosakkan DNA (genetik) dan bahkan menyebabkan kematian sel. Vitamin E tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia ianya harus didapati dari makanan. Manfaat Vitamin E  bagi Anda Vitamin E memiliki pelbagai manfaat bagi kesihatan anda, di antaranya adalah: Vitamin E adalah antioksidan yang melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Terlalu banyak radikal bebas akan menghasilkan penyakit kronik sepe...