Skip to main content

Posts

Resipi

Hrmmm... Hari ni aku rasa macam nak try wat karipap takpun roti canai... Kentang dah ada kat umah 2..ayam pon ada. So kalo wat kuah kari kira cara la kan... Hehehe.... Baru nak cuba...wat karipap / roti canai nih. Maklumlah selama ni asik pandai makan jer. Kenala belajar - belajar masak dah jadi bini orang ni. Haa aku sertakan resipi kedua - dua masakan yg aku rasa teringin nak cuba nih... KARIPAP DAGING Bahan-bahan Inti: 3 biji kentang dipotong dadu. 200g daging cincang 2 sudu besar rempah kari daging 1 labu bawang besar dipotong dadu 5 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih -ditumbuk 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk 1 sudu besar udang kering-ditumbuk Setangkai daun sup }dihiris Sedikit gula & garam Cara membuat inti: Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan. Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering. Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat...

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa diucapkan buat ayah tercinta Khairi Bin Abdul Majid. Kalau aku ingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 2005 pasti aku akan menangis mengenangkan perjuangan ayah. Walaupun ayah bukan perwira negara tapi jasanya tetap kukenang. Suatu masa dahulu ayah pernah diberhentikan kerja di sesebuah firma yang agak besar. Mungkin ayah tak ada kelulusan tapi pengalamannya sepatutnya dihargai. Aku tutut bersedih kerana buat pertama kalinya aku melihat ayah tak boleh tidur selama seminggu kerana memikirkan apakah pekerjaan yang boleh dilakukannya setelah diberhentikan. Kami tidak punya rumah untuk diduduki selain rumah sewa itu. Kasihan ayah.... Benarlah kata orang kadang- kadang Allah hilangkan matahari kita bersedih. Tapi rupa - rupanya Allah nak berikan kita pelangi. Setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Rupa- rupanya dengan sifat berjimat - cermat mak selama ini kami dapat beli rumah sederhana di Kota Masai, ayah berjaya dapat pekerjaan baru yang gajinya sekali ganda...

Fadilat Bulan Rejab

Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut: Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha". Oleh kerana itu dianjurkan: 1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah) 2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis) 3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir) 4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedek...

Zuriat....

Hari ni hampir 2 tahun aku mendirikan rumahtangga. Anak? Belum ada lagi. Anak tekak adala. Sebenarnya aku dah pernah pregnant tahun lepas. Tapi genap 8 minggu, aku keguguran. Sejak tu tak ada tanda - tanda yang aku akan pregnant. Berurut? da macam - macam aku pergi. Tapi aku nih tak cukup masa kalau nak selalu berurut. Hmmm belum ada rezeki kot. Kadang - kadang aku terasa hati gak bila kakak-kakak ipar aku bertanya secara undirectly kenapa aku tak mengandung - mengandung. Aku nak jawab apa yer??? Kalau benda macam ni jadi kat korang, korang nak jawab apa yer? Setakat nih asben aku masih lagi dalam keadaan understanding. Semalam aku pergi melawat kawan sekolah yang baru dikurniakan cahayamata. Comeiii...Tapi tak amiklak gambar c Nur Aqilah tuh. Pe2 pon tahniah yer Syariah...

Produk Penjagaan Muka

Actually aku da lama survey pasal produk penjagaan wajah yang Halal dan berkualiti serta harganya yang berpatutan. Survey punya survey aku terpikat untuk gunakan produk Sireh Emas. Bukan apa dari aku bujang aku da pakai produk sireh emas ni memang berbaloi....masa tu aku cuma pakai produk feminine hygine jer... Kalau nak wat hadiah atau hantaran perkahwinan pon ok....hubby pon suka bau xanzwhite ni katanya fresh jer baunya Untuk pencuci muka nih aku pakai produk Succi... Nih aku tempelkan produk-produk sireh emas yang lain.....kalau berkenan leyla roger kat aku...aku supply gak bebarang nih...refer la http://noryusmazrifanna.blogspot.com
MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT copy all these codes for your own reminder when want to buy some snacks or fast food. 1 E100 16 E280 31 E434 46 E482 2 E110 17 E300 32 E435 47 E483 3 E120 18 E301 33 E436 48 E491 4 E140 19 E325 34 E440 49 E492 5 E141 20 E326 35 E441 50 E493 6 E153 21 E327 36 E470 51 E494 7 E160 22 E334 37 E471 52 E495 8 E161 23 E335 38 E472 53 E542 9 E210 24 E336 39 E473 54 E570 10 E213 25 E337 40 E474 55 E572 11 E214 26 E422 41 E475 56 E631 12 E216 27 E430 42 E476 57 E635 13 E234 28 E431 43 E477 58 E904 14 E252 29 E432 44 E478 59 E920 15 E270 30 E433 45 E481

AKU DITIPU!!!!

Cerita yang kuambil dari blog waadat.blogspot.com ini sama seperti cerita aku... bezanya nama dan nombor telefon telah ditukar untuk tujuan penipuan!!! yg peliknya aku yg bijak pandai ni boleh jadi bodoh seketika transfer duit yang dimintanya 2. Petang ni baru nak wat police report. Sepatutnya penjual yg tipu pembeli ni tak... penjual yang kena tipu. APA KESS???? Apapun aku tak halalkan duit aku 2 1 sen pon. Perkara yang berbeza: No. HP# 0128474333 No. HP# 0168080333 Berdasarkan nombor akaun tu aku dah dapat detect siapa pemilik akaun tersebut, orang Sarawak. tapi itu belum boleh didedahkan selagi aku belum dapat kepastian dari pihak polis.... Aku sedih sangat sebab aku bukannya bisnes besar-besar. Sebulan sekali ada orang order pon payah sejak aku transfer ke JB ni. Nak dapat 50 seminggu pon payah. Orang yang wat benda ni 2 orang sorang laki & sorang perempuan. Setiap kali aku kol sik memenjang ada kat bank. Ker sebenarnya dia memng kerja kat bank?...