Skip to main content

Posts

Syasya Creative Ramadhan Giveaway

Hrmmm....aku dah join Syasya Creative (SC) Bersempena Bulan Ramadhan Almubarak ni SC ada wat contest GA. Aku suka nengok design2 handmadenya....kemas ajer jahitannyer...nice sangat. Pendek kata kaler yang dipilih pon wat aku terpukau... Apakata korang pon layan blog Syasya Creative ni Contest nih abis 26.8.08.....CEPATTTTT....sebelum korang terlambat ----------------------------------------------------------------------------------------------- Hadiah 1 Syasya Bag n Multi Pockets pouch Hadiah 2 Pencil Case n Book cover + bOok follow me.... myonline catalogue

Doa Mengembalikan barang yang hilang

Ari ni aku dikezutkan dengan berita kehilangan beskal hubby.... Sian hubby....dia kena masuk MMHE jalan kaki. Dahla site office ngan site Gemusut 2 ley tahan jauhnya... Aku pon penah keje kat sana gak thatz yla aku tau camner kepayahan orang yg keje kat dalam 2 berjalan kaki....huhuhu....nanti kenala aku picitkan kaki hubby yang sakit....sambil menyanyi "kaki kakiku sakit semua kerana berjalan ke site". Lagu ni aku ubah lirik daripada lagu Aishah penyayi tersohor 2.... 2 la....camner eah....aku heranla kenapa orang suka nak curi barang orang dala beskal 2 pakai tak sampai sebulan pon. Very the..... Disebabkan itulah aku telah untuk mengambil pendekatan mencari menggunakan doa... Mudah - mudahan dimakbulkan Allah. Kat cni aku sertakan amalan yg patut dilakukan apabila anda kehilangan atau kecurian sesuatu and how we can protect our things.... Dipetik dari blog http://perisiksr.blogspot.com/search/label/Jin%20dalam%20Tubuh Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang Para pembaca ya...

Resipi

Hrmmm... Hari ni aku rasa macam nak try wat karipap takpun roti canai... Kentang dah ada kat umah 2..ayam pon ada. So kalo wat kuah kari kira cara la kan... Hehehe.... Baru nak cuba...wat karipap / roti canai nih. Maklumlah selama ni asik pandai makan jer. Kenala belajar - belajar masak dah jadi bini orang ni. Haa aku sertakan resipi kedua - dua masakan yg aku rasa teringin nak cuba nih... KARIPAP DAGING Bahan-bahan Inti: 3 biji kentang dipotong dadu. 200g daging cincang 2 sudu besar rempah kari daging 1 labu bawang besar dipotong dadu 5 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih -ditumbuk 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk 1 sudu besar udang kering-ditumbuk Setangkai daun sup }dihiris Sedikit gula & garam Cara membuat inti: Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan. Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering. Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat...

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa diucapkan buat ayah tercinta Khairi Bin Abdul Majid. Kalau aku ingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 2005 pasti aku akan menangis mengenangkan perjuangan ayah. Walaupun ayah bukan perwira negara tapi jasanya tetap kukenang. Suatu masa dahulu ayah pernah diberhentikan kerja di sesebuah firma yang agak besar. Mungkin ayah tak ada kelulusan tapi pengalamannya sepatutnya dihargai. Aku tutut bersedih kerana buat pertama kalinya aku melihat ayah tak boleh tidur selama seminggu kerana memikirkan apakah pekerjaan yang boleh dilakukannya setelah diberhentikan. Kami tidak punya rumah untuk diduduki selain rumah sewa itu. Kasihan ayah.... Benarlah kata orang kadang- kadang Allah hilangkan matahari kita bersedih. Tapi rupa - rupanya Allah nak berikan kita pelangi. Setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Rupa- rupanya dengan sifat berjimat - cermat mak selama ini kami dapat beli rumah sederhana di Kota Masai, ayah berjaya dapat pekerjaan baru yang gajinya sekali ganda...

Fadilat Bulan Rejab

Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut: Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha". Oleh kerana itu dianjurkan: 1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah) 2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis) 3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir) 4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedek...

Zuriat....

Hari ni hampir 2 tahun aku mendirikan rumahtangga. Anak? Belum ada lagi. Anak tekak adala. Sebenarnya aku dah pernah pregnant tahun lepas. Tapi genap 8 minggu, aku keguguran. Sejak tu tak ada tanda - tanda yang aku akan pregnant. Berurut? da macam - macam aku pergi. Tapi aku nih tak cukup masa kalau nak selalu berurut. Hmmm belum ada rezeki kot. Kadang - kadang aku terasa hati gak bila kakak-kakak ipar aku bertanya secara undirectly kenapa aku tak mengandung - mengandung. Aku nak jawab apa yer??? Kalau benda macam ni jadi kat korang, korang nak jawab apa yer? Setakat nih asben aku masih lagi dalam keadaan understanding. Semalam aku pergi melawat kawan sekolah yang baru dikurniakan cahayamata. Comeiii...Tapi tak amiklak gambar c Nur Aqilah tuh. Pe2 pon tahniah yer Syariah...

Produk Penjagaan Muka

Actually aku da lama survey pasal produk penjagaan wajah yang Halal dan berkualiti serta harganya yang berpatutan. Survey punya survey aku terpikat untuk gunakan produk Sireh Emas. Bukan apa dari aku bujang aku da pakai produk sireh emas ni memang berbaloi....masa tu aku cuma pakai produk feminine hygine jer... Kalau nak wat hadiah atau hantaran perkahwinan pon ok....hubby pon suka bau xanzwhite ni katanya fresh jer baunya Untuk pencuci muka nih aku pakai produk Succi... Nih aku tempelkan produk-produk sireh emas yang lain.....kalau berkenan leyla roger kat aku...aku supply gak bebarang nih...refer la http://noryusmazrifanna.blogspot.com