Skip to main content

Doa Mengembalikan barang yang hilang


Ari ni aku dikezutkan dengan berita kehilangan beskal hubby....
Sian hubby....dia kena masuk MMHE jalan kaki. Dahla site office ngan site Gemusut 2 ley tahan jauhnya...
Aku pon penah keje kat sana gak thatz yla aku tau camner kepayahan orang yg keje kat dalam 2 berjalan kaki....huhuhu....nanti kenala aku picitkan kaki hubby yang sakit....sambil menyanyi "kaki kakiku sakit semua kerana berjalan ke site". Lagu ni aku ubah lirik daripada lagu Aishah penyayi tersohor 2....
2 la....camner eah....aku heranla kenapa orang suka nak curi barang orang dala beskal 2 pakai tak sampai sebulan pon. Very the.....
Disebabkan itulah aku telah untuk mengambil pendekatan mencari menggunakan doa...

Mudah - mudahan dimakbulkan Allah.

Kat cni aku sertakan amalan yg patut dilakukan apabila anda kehilangan atau kecurian sesuatu and how we can protect our things....


Dipetik dari blog
http://perisiksr.blogspot.com/search/label/Jin%20dalam%20Tubuh

Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang

Para pembaca yang dimuliakan ALLAH S.W.T,

Suka untuk saya berkongsi serba sedikit amalan yang pernah diijazahkan guru saya untuk mendapatkan semula barang yang hilang.

Sebelum saya melangkah lebih jauh, suka untuk saya ingatkan. Yang dimaksudkan barang yang hilang, jika diizinkan ALLAH akan dipulangkan kembali dalam dua keadaan iaitu keadaan asal atau keadaan ganti.
Bagaimana keadaan asal? Keadaan seperti mana sebelum hilang. Bagaimana keadaan ganti? Barang digantikan dgn yang baru, contohnya jika yang hilang itu nasi goreng, tidak mungkin akan dipulangkan nasi goreng yang asal.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T,Amalan tersebut adalah yang berikut:

1. Al-Fatihah 7x.

2. Al Fath 1-3 7x







1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,

2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


3. Al Khafi Ayat 19 7x




19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.






4. Surah Al-Ikhlas 7x


5. Selawat 7x.
5. Selawat 7x.

6. Ya Allah 3x.

7. Kemudian wirid dibawah 119x.








8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.4. Surah Al-Ikhlas 7x.

Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.

Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari.

Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.

Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.

Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH, sebagai tanda saya insan yang lemah, tiada daya upaya selain dari dgn gerak dan izinNYA.



***



Ikhtiar agar kenderaan tidak dicuri

Suka untuk saya kongsikan satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parking lot & sebagainya.

Caranya, setelah parking, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking.

Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita. Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motorsikal) & terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, InsyaALLAH, kenderaan anda akan dijaga ALLAH.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH sebagai tanda saya adalah manusia yang serba lemah serta tidak berdaya tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.







follow me....http://noryusmazrifanna.blogspot.com

Comments

  1. Syukur Alhamdulillah pada Allah menemukan Amalan ini...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular posts from this blog

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

Rahsia banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut

Assalamualaikum,  Ada setengah orang berharap susunya banyakkkk tapi malas nak pam susu masa di pejabat. komitmen kena tinggi barulah dapat hasilkan stok susu untuk bayi dengan banyak. Pedulikan orang yang dapat stok penuh freezer tu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Anak saya yang sulung ecslusive breastfeeding selama 6 bulan. Alhamdulillah, tapi lepas 6 bulan susu start berkurang. Mungkin salah saya juga sebab saya tak rajin bangun malam untuk pam maka stok tak cukup terutama bila saya kena outstation (perkara yang saya sangat takut sebab saya target nak susukan dia hingga dia berumur 2 tahun). Selain dari komitmen ibu-ibu, pemakanan ibu pun turut memainkan peranan....hurm....jom kita baca artikel dari Puan Suriya Majid Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastiny...