Skip to main content

Posts

Panduan Penyusuan Ketika Berpuasa

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payudara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara. Perlu anda maklum bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa. FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang terkumpul di dalam payudara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila banyak FIL berkumpul di dalam payudara akibat kurangnya rangsangan penyusuan d...
Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa? Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah); susu atau yogurt rendah lemak; sup jernih. Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera; protein daripada ayam, daging atau ikan, atau le...

Pisang penyebab sembelit bagi bayi

Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit? Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal . Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar. Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengelu...

Hukuman meninggalkan solat dalam kesesakan lalulintas

Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas? Bolehkah saya melakukan solat jama'  dalam keadaan begini?  Jawapan - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh diitinggalkan walau dalam apa jua keadaan. Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh menjamakkan solat antara zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak. Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam Fatawanya, sekiranya seseorang yang berniat musafir, boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar. Ini disebabkan kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat. Walaubagaiman...

Pandangan MUIS Berkenaan Meraikan Perayaan Agama Bukan Islam

Setiap individu muslim hendaklah meyakini bahawa hanya Islamlah agama yang benar dan diterima Allah SWT. Firman Allah dalam al-Quran (Ali 'Imran: 19): Yang bermaksud: "Sesungguhnya agama di sisi Allah SWT ialah Islam." Seorang Muslim juga perlu meyakini bahawa agama selain daripada Islam adalah ditolak dan tidak diterima oleh Allah SWT. Firman Allah (Ali 'Imran: 85) Yang bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk di kalangan orang yang rugi." Oleh kerana itu, setiap tindakan, amalan atau pengucapan seorang Muslim yang menggambarkan seolah-olah beliau menerima kepercayaan dan amalan agama lain hendaklah dihindari. Namun begitu sifat toleransi dalam Islam tidak sama sekali menghalang penganut agama lain mengamalkan ajaran agama yang mereka anuti. Hakikat ini dapat kita fahami melalui beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah SWT (al-Baqarah: 256): Yang bermaksud: "Tia...
This is an e-mail from (IPPJ Sdn Bhd) sent by Farhana ( hana.khairi@gmail.com ). You may also find the following link interesting: http://www.ippj.com.my/index.php/component/content/article/46-karnival-mahabbah-ikimfm/51-karnival-mahabbah-ikimfm-2012.html

Bagaimana Untuk Memaksimakan Kesuburan Anda

credit to alamhamil Pertama sekali anda harus memahami bagaimana badan kita berfungsi, bila saat yang paling subur untuk hubungan seks dan bila perlu mendapatkan rawatan. Kehamilan sebenarnya bergantung kepada beberapa kejadian penting. Setiap bulan, kelenjar pituitari yang terletak pada otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan meransang ovari untuk mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil ovulasi. Ini berlaku selalunya pada hari ke 14-16 haid anda. Sebaik sahaja telur dilepaskan dari ovari, ia akan memulakan perjalanan di dalam salur fallopian, pada saat inilah anda dalam keadaan subur sekali. Telur cuma mempunyai 24 jam sahaja untuk bersatu dengan sperma. Kerana sperma boleh hidup didalam salur peranakkan wanita dengan lebih lama iaitu 2-3 hari selepas ejakulasi, adalah disarankan anda membuat hubungan seks setiap hari sebelum saat kesuburan. Sebaik sahaja telur sudah disenyawakan, ia akan memulakan perjalanan kedalam rahim dan kehamilan akan terjadi...