Skip to main content

Bagaimana Untuk Memaksimakan Kesuburan Anda

credit to alamhamil

Pertama sekali anda harus memahami bagaimana badan kita berfungsi, bila saat yang paling subur untuk hubungan seks dan bila perlu mendapatkan rawatan.
Kehamilan sebenarnya bergantung kepada beberapa kejadian penting. Setiap bulan, kelenjar pituitari yang terletak pada otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan meransang ovari untuk mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil ovulasi. Ini berlaku selalunya pada hari ke 14-16 haid anda.
Sebaik sahaja telur dilepaskan dari ovari, ia akan memulakan perjalanan di dalam salur fallopian, pada saat inilah anda dalam keadaan subur sekali. Telur cuma mempunyai 24 jam sahaja untuk bersatu dengan sperma. Kerana sperma boleh hidup didalam salur peranakkan wanita dengan lebih lama iaitu 2-3 hari selepas ejakulasi, adalah disarankan anda membuat hubungan seks setiap hari sebelum saat kesuburan.
Sebaik sahaja telur sudah disenyawakan, ia akan memulakan perjalanan kedalam rahim dan kehamilan akan terjadi. Sekiranya anda tidak hamil, haid akan terjadi 14 hari dari tarikh anda ovulasi.

Memahami Bila Anda Paling Subur

Catitkan setiap kitaran haid anda.



Catitkan tarikh hari hari dimana anda mengalami haid setiap kali kitaran haid. Sekiranya haid anda sangat teratur, anda memang bernasib baik. Ovulasi selalunya terjadi 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya. Sebagai contoh: Bagi kitaran 28 hari, ovulasi akan terjadi pada hari ke 14 hari (28-14) dan bagi kitaran haid 32 hari pula, ovulasi akan berlaku ke 18 (32-14).
Walaubagaimanapun, Ia tidak begitu tepat bagi mereka yang mengalami haid yang tidak teratur.

Melihat perubahan ada lendir serviks.

Disaat-saat terakhir sebelum berlaku ovulasi, anda akan mendapati yang lendir faraj menjadi lebih cerah, tidak berwarna dan lebih licin. Ia kelihatan seperti putih telur. Masa inilah anda mengalami tempoh subur yang optimal. Selepas ovulasi, lendir akan menjadi likat dan pekat

Mengesan suhu badan asas.

Ini adalah suhu badan semasa anda dalam keadaan rehat. Ovulasi selalunya terjadi sekiranya terjadi kenaikkan suhu badan yang konsisten terutama ditengah bulan.

Teka hari ovulasi dengan Kit Ovulasi

Kit ovulasi boleh memberi jangkaan yang agak tepat bila anda akan berovulasi. Ia terdapat dimana mana farmasi tetapi harganya agak mahal. Untuk keputusan yang tepat sila ikuti arahan yang diberikan pada label.

Perkara Yang Perlu Diambilkira Semasa Mencuba Untuk Hamil

Perkara yang anda perlu buat

  • Membuat hubungan seks dengan kerap. Sekiranya hubungan seks anda konsisten 2-3 kali seminggu, anda sememangnya sukar terlepas masa kesuburan anda. Bagi pasangan yang mencuba untuk hamil tiada istilah yang dikatakan terlalu banyak seks.
  • Seks setiap hari semasa dekat dengan tarikh ovulasi. Mitos yang mengatakan konsentrasi sperma jatuh setiap kali seks adalah tidak benar sama sekali. Ia tidak berlaku sekiranya anda seorang yang sihat.
  • Amalkan cara hidup sihat: kekalkan berat badan yang sihat, senaman secara tetap, makan makanan yang sihat dan kurangkan stress.
  • Makan vitamin terutamanya asid folik. Ia boleh mengurangkan risiko spina bifina sebanyak 70%.

Elakkan perkara berikut

  • Merokok. Merokok menukar tekstur mukus serviks menyebabkan sperma sukar menghampiri telur. Risiko keguguran juga bertambah sekiranya anda merokok.
  • Minum alkohol
  • Mengambil ubatan tanpa arahan doktor termasuk ubatan traditional kerana ia boleh memberi risiko kecacatan kepada bayi dan risiko keguguran terhadap kandungan anda.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

KERETA ACCIDENT APA NAK BUAT

Kalau boleh semua orang taknak  mengalami kemalangan. Dah berhati-hati tapi dah ditakdirkan mengalami kemalangan nak buat macamana kan. Bila anda terlibat dengan kemalangan apa yang perlu anda buat adalah: Selepas berlaku kemalangan, letak kenderaan anda pada bahu jalan agar tak menghalang lalu lintas. Periksa kerosakan kenderaan anda dari luar. Ambil gambar kenderaan yang melanggar dan ambil detail kendaraan terbabit meliputi nombor plat kenderaan dan road tax kenderaan. Ambil gambar kerosakan yang berlaku kepada kenderaan anda. Dapatkan maklumat pemandu kenderaan yang melanggar atau terlanggar kereta anda. Minta kad pengenalan mereka dan ambil gambar. Sekiranya menolak, nyatakan bahwa mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, karena menghalang hak anda sebagai pihak yang dilangga untuk mendapatkan maklumat diri pihak pelanggar. Dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan apabila ianya kenderaan persendirian atau nombor telefon syarikat sekiranya yang ...