Skip to main content

Posts

MASALAH BERDENGKUR

Nak cerita ini pengalaman sebenar. Bukan rekaaan. Korang mesti ingat lelaki aje yang tidur berdengkur kan? Sebenarnya tak. Perempuan pun ada juga. Sebenarnya orang yang ada masalah tidur berdengkur ni benda yang paling dia takut bila tidur rumah orang time kenduri-kendara ataupun hari raya. Kalau kena pergi kursus dan kena bermalam pun sama takut sangat. Bayangkan kalau mata dah mengantuk tahap terpejam sendiri pun sanggup tahan takut tertidur. Yela takut orang lain tak boleh tidur disebabkan dengkuran dia tu. Dapat orang yang paham tak mengapala. Kalau dapat orang yang menghina berbakul-bakul tu kau tak rasa terhina takpun kecil hati ke? Dapat pula orang yang selamba cakap aku tak boleh tidurla malam tadi ada bunyi macam mesin potong rumput.  Sebenarnya orang yang tidur berdengkur ni mulanya dia tak taupun dia ni tidur berdengkur sampaila tengah tidur ada yang kejutkan. Korang rasa dia sengaja ke nak tidur berdengkur agaknya?. Berdengkur ni bukan macam kentut atau sendawa bo...

PENDERAAN KANAK-KANAK

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Dah lamaaa sangat tak menulis di blog ni. Dah bersawang gamaknya.  Just nak share kat korang kat luar sana mengenai tajuk yang sedang hots dan meletups sekarang ni pasal pencabulan kanak-kanak.  Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 menjadikan ibu bapa atau pengasuh yang diamanahkan oleh ibu bapa itu bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dari dianiaya, diabai, dibuang atau didedah kepada sesuatu yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.  Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Seksyen 31(4) menghuraikan perbuatan pengasuh sebagai ‘mengabaikan kanak-kanak’ di mana pengasuh tidak beri makan kepada kanak-kanak di bawah asuhannya sedangkan pengasuh bertanggungjawab dan berupaya memberi ...

Ganja bukan alternatif untuk kita.

Kenyataan ahli Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalullail baru-baru ini yang mengesyorkan supaya rakyat dibenarkan menggunakan ganja dan meminda undang-undang yang mengklasifikasikan ganja sebagai dadah terlarang benar-benar mengejutkan saya dan memanggil untuk menjawab daripada sudut kesihatan. Seperti yang kita maklum ganja atau dadah dari jenis kanabis ini merupakan bahan terlarang di Malaysia dan penyalahgunaan ganja adalah salah di sisi undang-undang. Seperti ubat-ubatan psikotopik sepertinya (selain morfin, heroin) tidak dinafikan mempunyai kegunaan terapeutik dalam meraw...

VIRUS ZIKA

rupa virus Zika di bawah mikroskop Assalamualaikum Just nak share sikit pasal Virus Zika . Sebenarnya virus ni dah lama dah dijumpai. Virus ni dijumpai pada tahun 1947 di Hutan Zika,Uganda. Dah lamala kan?  Meh mokcik cerita sikit macamana Virus Zika berjangkit . Ianya berjangkit melalui bawaan nyamuk seperti nyamuk Aedes . Rupanya nyamuk aedes ni pun banyak jenis aka spesies. terdapat lebih kurang enam spesies nyamuk Aedes ni. Individu yang terkena  virus Zika ni biasanya terkena demam denggi atau chikukunya Melalui pembacaan mokcik bila individu yang terkena demam denggi dan seangkatan dengannya dan melakukan seks dengan pasangannya maka pasangannya akan mendapat Virus Zika tersebut. Bila si ibu yang sedang hamil terkena virus Zika maka ianya akan menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan . Bunyinya seperti rare gitu. Tanda-tanda terkena Virus Zika pula sama seperti demam denggi iaitu rasa penig, demam, keluar bintik-bintik merah/ruam M...

TIADA COD BUAT MASA INI

Assalamualaikum, Dah lama rasanya tak menjenguk ke blog lama saya ni. Dah bersawang gamaknya. Lama ditinggalkan blog ini kerana berhijrah ke blog baru. Namun jodoh dengan blog baru tak bertahan lama. Kalau waktu pejabat (kerajaan) memang tak akan jumpa blog tu. Makanya saya ambil keputusan untuk kembali mengaktifkan blog lama saya. Saya masih lagi pengedar Shaklee seantero pasir Gudang tapi maaf buat masa ini saya tak mampu untuk hantar ke tangan pembeli (cod). Saya hanya mampu nak hantar melalui pos direct dari Shaklee atau cik/puan ambil sendiri di kediaman saya di Taman Kota Masai. Itupun kalau ada order baru saya beli dari Shaklee sebab saya dah banyak kali terkena orangnya order tapi bila barang dah sampai senyap seribu bahasa. Maaf sangat-sangat saya memang tak mampu nak hantar kerana mengelolakan 3 orang cahayamata yang sedang membesar dan agak terlebih vitamin (terutama yang hero tu). Ketabahan saya dengan 2 orang puteri dan seorang putera sangat teruji dengan kepadatan...

HILANGKAN KESAN MINYAK PADA BAJU

Assalamualaikum Pernah tak anda alami situasi seperti ini: Pakaian anda atau anak anda terkena kotoran macam sambal yang berminyak???  Mesti susah nak hilang kotoran tu kan.... Jangan risau... Mula-mula ambil bedak  (jenis serbuk)....tepung pun boleh.... Lepas tu taburkan pada kesan berminyak pada pakaian tadi Pastikan bedak atau tepung tersebut menutupi keseluruhan bahagian pakaian yang berminyak tadi. Biarkan sehingga bedak atau tepung tadi menyerap keseluruhan minyak dan hasilnya...pakaian akan kembali bersih seperti sedia kala. Tips ni sangat sesuai kalau masih di opis dan nak pakai baju tu sampai petang.... Selamat mencuba

PERODUA ALZA

Assalamualaikum Nak share sikit pasal kereta Perodua Alza yang saya dan suami baru pakai hampir sebulan. Sebenarnya tak berhasratpun nak tukar kereta tapi keadaan memaksa sebab Sang Kancil saya dah agak uzur. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit dapatla memakai Alza Special Edition Full Spec Perodua Alza  (Auto). Apa yang saya rasa best tentang kereta ni?  Rasa ringan Kalau setakat 120 km/j /130 km/j tu tak rasa gegarpun Disertakan dengan peralatan touch screen dan LCD TV untuk penumpang belakang so anak-anak boleh menonton cerita kegemaran mereka sepanjang perjalanan Skrin display kat bahagian depan tak akan display bila kereta berjalan so memang akan fokus pada pemanduan Disertakan kamera reverse so boleh nampakla kot-kot ada kucing kat belakang kereta ker apa Seat leather (haaa yang ni saya suka) sebab anak saya suka meng 'kecahkan' keadaan dengan menumpahkan air dan sebagainya. Sangat jimat minyak  Sesiapa yang rasa nak try Alza ni bo...