Skip to main content

Ganja bukan alternatif untuk kita.



Kenyataan ahli Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalullail baru-baru ini yang mengesyorkan supaya rakyat dibenarkan menggunakan ganja dan meminda undang-undang yang mengklasifikasikan ganja sebagai dadah terlarang benar-benar mengejutkan saya dan memanggil untuk menjawab daripada sudut kesihatan. Seperti yang kita maklum ganja atau dadah dari jenis kanabis ini merupakan bahan terlarang di Malaysia dan penyalahgunaan ganja adalah salah di sisi undang-undang.

Seperti ubat-ubatan psikotopik sepertinya (selain morfin, heroin) tidak dinafikan mempunyai kegunaan terapeutik dalam merawat sesetengah penyakit. Walaubagaimanapun, ia masih di dalam senarai ubat terkawal yang hanya diberikan kepada pesakit dalam kadar tertentu yang dikawal dan dipantau secara khusus oleh pengamal perubatan.

Penggunaan ganja sebagai ‘penenang’ dalam masalah stress dan tekanan hidup adalah satu alternatif yang diseru atas alasan yang dangkal, malahan amat merbahaya kepada kesihatan psikologi dan fizikal masyarakat umum. Negara- negara Barat yang membenarkan penggunaan ganja berleluasa hari ini juga semakin giat melakukan kajian dan menyiarkan artikel & jurnal hasil kajian mereka terhadap bahaya ‘marijuana’ yang telah melanda rakyat mereka, dengan tujuan memberi kesedaran dan mengurangkan masalah yang berakar umbi daripada salah guna ganja.

Salah satunya adalah jurnal terbitan The New England Journal of Medicine 2014, hasil kajian yang dilakukan oleh beberapa orang doktor ke atas populasi rakyat mereka yang terlibat dalam penggunaan tegar ganja. Antara kesan buruk yang dibuktikan daripada kajian tersebut:

1- Terbukti menyebabkan masalah ketagihan yang mempengaruhi aspek kesihatan & sosial penagih

– Hampir separuh daripada pengguna ganja yang menghisap setiap hari akan mendapat ketagihan, dan 1 daripada 6 remaja yang terlibat dengan ganja akan ketagih

– Kajian yang dilakukan oleh National Survey on Drug Use & Health di England pada tahun 2012 sahaja telah menunjukkan 2.7 million rakyat yang berumur 12 tahun ke atas mengalami ketagihan pada ganja.

2- Membantutkan perkembangan otak dan minda

Penagihan ganja mengurangkan dan melemahkan sesetengah sel otak yang mengawal perangai iaitu hippocampus dan prefrontal cortex ; mengakibatkan pengguna ganja mudah mengalami masalah untuk menimbang tara baik buruk tingkah laku dan kurang bersikap positif . Hasil kajian menunjukkan ini adalah antara penyumbang kepada masalah keruntuhan akhlak dan sosial di kalangan remaja dan pemuda yang terlibat dengan ganja.

Mengurangkan perkembangan IQ bagi remaja dan juga bayi yang terdedah kepada ganja ketika dalam kandungan. Kajian juga mendapati ramai remaja yang terlibat dengan ganja mengalami kesukaran untuk menghabiskan persekolahan dan seterusnya menyumbang kepada keciciran daripada pembelajaran.

3- Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya

Ganja memberi kesan kepada sisstem koordinasi badan dan menurunkan tahap fokus dan kesedaran pengguna menyebabkan pengguna sukar untuk mengawal kenderaan ketika memandu.

Pengguna ganja menyumbang kepada kemalangan jalan raya 3-7% lebih daripada mereka yang tidak dibawah pengaruh sebarang dadah/ alcohol.

4- Menyumbang kepada ketagihan dadah yang lebih merbahaya

Kesan daripada ganja yang menurunkan sejenis hormone natural dalam badan iaitu ‘dopamin’, Pengurangan hormone dopamin menyebabkan pengguna ganja mudah merasa tidak puas dan mahukan sesuatu yang lebih kuat untuk merangsang bahagian otak yang mengawal ‘satisfaction’ dan ketenangan. Dalam jangka masa panjang ini akan menyebabkan kecenderungan untuk mengambil dadah-dadah jenis lain yang lebih kuat seperti morphine, cocaine malah menjurus kepada ketagihan alkohol.

5- ‘ Withdrawal syndrome’; kesan sampingan badan hasil daripada ketagihan

Apabila pengguna ganja berhenti mengambil ganja, mereka akan mengalami symptom-simptom khas kesan sampingan daripada kebergantungan tubuh badan mereka kepada ganja seperti resah, masalah sukar tidur, kurang daya tumpuan dan masalah untuk belajar dan fokus, meninggikan syahwat, pelupa dan sukar menghafal. Sungguh pun kedengaran seperti tidak serius, namun sebenarnya para doktor mengakui kaitan kesan ini yang membawa kepada pelbagai masalah sosial yang memberi kesan kepada pekerja, peningkatan kes jenayah seks di kalangan pengguna ganja, risiko kemalangan ketika memandu dan sebagainya.

6- Risiko mendapat penyakit mental

Penyalahgunaan ganja dibuktikan mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko untuk menhidap penyakit mental seperti kemurungan, ‘anxiety disorder’

Meningkatkan risiko menghidap skizofrenia dan seringkali rawatan serta keseriusan penyakit mental akibat penyalahgunaan dadah adalah lebih teruk dan sukar untuk dirawat.

Kita hari ini telah didedahkan dengan pelbagai masalah yang kian meruncing, malah dilihatkan penghalalan ganja daripada sudut undang-undang sebenarnya membuka ruang yang lebih besar kepada masalah kesihatan sosial. Belum selesai masalah peningkatan kes jangkitan kelamin, HIV hasil daripada peningkatan kes homoseksual dan belum lagi bercerita tentang kes gugur dan pembuangan anak luar nikah.

Pada hemat saya sebagai seorang pegawai perubatan, cukuplah apabila melihat pesakit kami datang dengan kemalangan yang teruk kerana mabuk, pesakit-pesakit mental yang berjuang untuk menyeimbangkan diri mereka dalam masyarakat, masalah kanak-kanak dan remaja yang dirujuk kepada pakar psikologi kanak-kanak kerana masalah sosial, tidak sanggup lagi untuk melihat pertambahan daripada golongan ini dalam masyarakat kita.

Saya yakin kerajaan berhasrat penuh untuk memastikan yang terbaik buat rakyat dari aspek sosial, kesihatan mahupun ekonomi. Banyak alternatif lain yang lebih sihat untuk dicadangkan kepada masyarakat bagi menangani tekanan hidup seperti bersenam, sembahyang, meditasi, pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat secara keseluruhannya.

Pengambilan ubatan luar/ bahan tambahan seperti dadah dan ganja sebenarnya memberi kesan keseronokan dan ketenangan hanya dalam jangka masa pendek dan bukanlah cara penyelesaian terbaik. Saya yakin majoriti rakyat Malaysia adalah masyarakat yang menyokong kepada gaya hidup fizikal & mental yang sihat, dan saya yakin bahawa dengan jelas sekali bahawa ganja bukanlah alternatif untuk kita!

Dr Nadiah binti Norudin
Pegawai Perubatan
Aktivis Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Comments

Popular posts from this blog

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P

TEKNIK MARMET

Selain menggunakan pam untuk mengumpul susu perahan kita boleh melakukannya secara manual. Tidak memerlukan kos,gune tangan pun boleh dijadikan sebagai alat untuk memerah payu dara kita. Teknik ini dikenali sebagai MARMET.. Ia sungguh mudah kerana teknik ini merupakan kaedah yang banyak membantu kita mengumpul lebih banyak susu ibu berbanding menggunakan pam.. Selain itu, sentuhan kulit ke kulit (tangan ke payudara) lebih efektif dalam merangsang payu dara untuk mengalirkan susu dengan lebih lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan daripada plastik.. Dengan menggunakan teknik ini juga, kita dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara,payu dara lebam mahupun kulit di sekitar melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan.. Sebelum melakukan teknik Marmet untuk memerah payudara, kita seharusnya melakukan urutan terlebih dahulu. Dengan itu, proses pemerahan pasti akan berjalan lancar.. MENGURUT Cuci tangan ; pastikan ia bersih..tekap payudara dengan tuala