Skip to main content

PERODUA ALZA



Assalamualaikum

Nak share sikit pasal kereta Perodua Alza yang saya dan suami baru pakai hampir sebulan.

Sebenarnya tak berhasratpun nak tukar kereta tapi keadaan memaksa sebab Sang Kancil saya dah agak uzur. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit dapatla memakai Alza Special Edition Full Spec Perodua Alza (Auto).

Apa yang saya rasa best tentang kereta ni? 

  1. Rasa ringan
  2. Kalau setakat 120 km/j /130 km/j tu tak rasa gegarpun
  3. Disertakan dengan peralatan touch screen dan LCD TV untuk penumpang belakang so anak-anak boleh menonton cerita kegemaran mereka sepanjang perjalanan
  4. Skrin display kat bahagian depan tak akan display bila kereta berjalan so memang akan fokus pada pemanduan
  5. Disertakan kamera reverse so boleh nampakla kot-kot ada kucing kat belakang kereta ker apa
  6. Seat leather (haaa yang ni saya suka) sebab anak saya suka meng 'kecahkan' keadaan dengan menumpahkan air dan sebagainya.
  7. Sangat jimat minyak 

Sesiapa yang rasa nak try Alza ni boleh test drive kat mana-mana cawangan Perodua yang terdekat. Akhir kata sokonglah barangan buatan Malaysia.










     Pengedar Shaklee Anda

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

MASALAH BERDENGKUR

Nak cerita ini pengalaman sebenar. Bukan rekaaan. Korang mesti ingat lelaki aje yang tidur berdengkur kan? Sebenarnya tak. Perempuan pun ada juga. Sebenarnya orang yang ada masalah tidur berdengkur ni benda yang paling dia takut bila tidur rumah orang time kenduri-kendara ataupun hari raya. Kalau kena pergi kursus dan kena bermalam pun sama takut sangat. Bayangkan kalau mata dah mengantuk tahap terpejam sendiri pun sanggup tahan takut tertidur. Yela takut orang lain tak boleh tidur disebabkan dengkuran dia tu. Dapat orang yang paham tak mengapala. Kalau dapat orang yang menghina berbakul-bakul tu kau tak rasa terhina takpun kecil hati ke? Dapat pula orang yang selamba cakap aku tak boleh tidurla malam tadi ada bunyi macam mesin potong rumput.  Sebenarnya orang yang tidur berdengkur ni mulanya dia tak taupun dia ni tidur berdengkur sampaila tengah tidur ada yang kejutkan. Korang rasa dia sengaja ke nak tidur berdengkur agaknya?. Berdengkur ni bukan macam kentut atau sendawa bo...

AKU DITIPU!!!!

Cerita yang kuambil dari blog waadat.blogspot.com ini sama seperti cerita aku... bezanya nama dan nombor telefon telah ditukar untuk tujuan penipuan!!! yg peliknya aku yg bijak pandai ni boleh jadi bodoh seketika transfer duit yang dimintanya 2. Petang ni baru nak wat police report. Sepatutnya penjual yg tipu pembeli ni tak... penjual yang kena tipu. APA KESS???? Apapun aku tak halalkan duit aku 2 1 sen pon. Perkara yang berbeza: No. HP# 0128474333 No. HP# 0168080333 Berdasarkan nombor akaun tu aku dah dapat detect siapa pemilik akaun tersebut, orang Sarawak. tapi itu belum boleh didedahkan selagi aku belum dapat kepastian dari pihak polis.... Aku sedih sangat sebab aku bukannya bisnes besar-besar. Sebulan sekali ada orang order pon payah sejak aku transfer ke JB ni. Nak dapat 50 seminggu pon payah. Orang yang wat benda ni 2 orang sorang laki & sorang perempuan. Setiap kali aku kol sik memenjang ada kat bank. Ker sebenarnya dia memng kerja kat bank?...