Bagi yang mengikuti blog aku nih.... thanx a lot yer....
Sekarang ni aku tengah sebok mensurvey apakah pembelajaran yang sesuai bagi seorang bayi. Bayi perlu belajar ker? Bukan ker kerja dia tidur, nangis, nyusu, ketawa sikit-sikit and berbual bahasa dia (Nurul Afrina ni peramah dan kuat ngadu orangnya). Hik hik hik kalau tengok gelagat dia memang kelakarla...kalau hati tengah marah ataupun stress tengok ajelah muka dia mesti sejuk jer hati ni. Survey punya survey akhirnya aku pon berhasrat nak ajar dia ilmu menghafal Al-Quran....boleh ker??? Kalau kita perhatikan masa turunnya wahyu yang pertama pon Rasulullah s.a.w tak rati membaca tetapi baginda menghafal dan kemudian membaca.....
Actually Nurul Afrina ni nampaknya lebih cenderung ke arah keagamaan sikit. Sebab bila dia nangis, dibacakan zikir-zikir dan bacakan surah-surah pendek dia akan tersenyum tak habis-habis. Bila aku baca Al-Mathurat sambil menyusukan dia pon dia diam jer tak banyak karenah menunjukkan minatnya ke arah itu.
Laman Web http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/
Kat sini diterangkan tentang bagaiman seorang ibu bekerjaya mengajar 2 orang anaknya iaitu Darwisya (kakak) dan Darwish (adik) membaca dan menghafal 30 surah dalam Al-Quran ketika mereka berusia 3 tahun. Aku sangat admire dengan pemilik blog ini. Sangat gigih untuk mencapai cita-citanya dan akhirnya berjaya mencapai apa yang beliau sasarkan untuk kedua anaknya.
Antara petikan dalam blog tersebut:
Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.
Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :
1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.
2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.
3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.
PANDUAN MENGAJAR
a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.
b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.
c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.
d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.
e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.
f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.
g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.
Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.
Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.
Akupun da mula praktikkan kaedah ini pada Nurul Afrina... Semoga Nurul menjadi wanita solehah dan mewarisi sifat para tabiin....
Selepas ini aku akan kongsikan perjuangan penyusuanku menyusukan Nurul Afrina dari selepas pantang....
Stay tune...

Comments
Post a Comment
KOMEN