Skip to main content

AKU DAN SHAKLEE

Sebenarnya tak pernah terfikir dalam kepala otak ni nak jadi ahli Shaklee. Sebenarnya benda ni berlaku secara tak sengaja. Masa dok sibuk - sibuk mensurfing internet kat umah mak (masa tu dalam pantang lagi) around akhir bulan Jun la masa tu.

Masa tu first tengok website genkimomma. Then surfing punya surfing terjumpala blog Kak Yati (rahsiavitamin itew). Ingatkan nak cari yang Johorean senangla nak cash and carry ajer. Rupanya Kak Yati pon dok kat area Kulai. Agak jauh nampaknya dari Pasir Gudang nak ke Kulai Jaya (nama baru bagi Kulai).

Maka dengan pantas men'sms' Kak Yati untuk bertanya tentang trialpack set B yang sangat ku sayangi. Masuk bulan ke2 dan ketiga aku menjadi pelanggan setia Kak Yati. Then adik pon dah consume set D (skincare). Alhamdulillah kulitnya dah semakin ok takla kusam macam dulu.

Fikir punya fikir akhirnya aku dahpun menjadi ahli rasmi Shaklee dan juga Euphoria GBS. Cuma masalah utamanya belum sempat untuk update blog berkenaan Shaklee ni. Daripada pembacaan dan pengalaman diorang ni menunjukkan pengambilan Shaklee sangat mementingkan pengambilan air yang banyak (around 3 liter sehari).

Pada mulanya aku rasa putus asa juga bila makan vitamin Shaklee ni susu masih sedikit around 2 oz ajer sekali perah. Frust giler masa tu, terfikir juga macamana ni stok tak banyak....tapi bila sms kat Kak Yati, Kak Yati tanya minum air cukup tak 3 liter sehari???? Barulah aku terfikir mungkin sebab tu kot susu kurang.
Kak Yati juga pesan banyakkan berzikir dan berdoa mudah-mudahan dimurahkan rezeki susu untuk anak dan Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha beserta niat untuk memberi penyususn susu ibu sepenuhnya kepada anakku maka stok EBM bertambah sekali perahan sehingga mencecah 5 hingga 6 oz.
Alhamdulillah....

Comments

  1. Hana...alhamdulillah! Berkat kesabaran akhirnya Hana dapat juga buat bekalan banyak2 utk anak kan.
    Bekalan yang terbaik!

    Lepas ni sama2 kita buka minda lebih ramai ibu2 di luar sana tentang kebaikan susuibu yer..(^_-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular posts from this blog

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

AKU DITIPU!!!!

Cerita yang kuambil dari blog waadat.blogspot.com ini sama seperti cerita aku... bezanya nama dan nombor telefon telah ditukar untuk tujuan penipuan!!! yg peliknya aku yg bijak pandai ni boleh jadi bodoh seketika transfer duit yang dimintanya 2. Petang ni baru nak wat police report. Sepatutnya penjual yg tipu pembeli ni tak... penjual yang kena tipu. APA KESS???? Apapun aku tak halalkan duit aku 2 1 sen pon. Perkara yang berbeza: No. HP# 0128474333 No. HP# 0168080333 Berdasarkan nombor akaun tu aku dah dapat detect siapa pemilik akaun tersebut, orang Sarawak. tapi itu belum boleh didedahkan selagi aku belum dapat kepastian dari pihak polis.... Aku sedih sangat sebab aku bukannya bisnes besar-besar. Sebulan sekali ada orang order pon payah sejak aku transfer ke JB ni. Nak dapat 50 seminggu pon payah. Orang yang wat benda ni 2 orang sorang laki & sorang perempuan. Setiap kali aku kol sik memenjang ada kat bank. Ker sebenarnya dia memng kerja kat bank?...

MASALAH BERDENGKUR

Nak cerita ini pengalaman sebenar. Bukan rekaaan. Korang mesti ingat lelaki aje yang tidur berdengkur kan? Sebenarnya tak. Perempuan pun ada juga. Sebenarnya orang yang ada masalah tidur berdengkur ni benda yang paling dia takut bila tidur rumah orang time kenduri-kendara ataupun hari raya. Kalau kena pergi kursus dan kena bermalam pun sama takut sangat. Bayangkan kalau mata dah mengantuk tahap terpejam sendiri pun sanggup tahan takut tertidur. Yela takut orang lain tak boleh tidur disebabkan dengkuran dia tu. Dapat orang yang paham tak mengapala. Kalau dapat orang yang menghina berbakul-bakul tu kau tak rasa terhina takpun kecil hati ke? Dapat pula orang yang selamba cakap aku tak boleh tidurla malam tadi ada bunyi macam mesin potong rumput.  Sebenarnya orang yang tidur berdengkur ni mulanya dia tak taupun dia ni tidur berdengkur sampaila tengah tidur ada yang kejutkan. Korang rasa dia sengaja ke nak tidur berdengkur agaknya?. Berdengkur ni bukan macam kentut atau sendawa bo...