Skip to main content

TEKNIK MARMET


Selain menggunakan pam untuk mengumpul susu perahan kita boleh melakukannya secara manual.
Tidak memerlukan kos,gune tangan pun boleh dijadikan sebagai alat untuk memerah payu dara kita.
Teknik ini dikenali sebagai MARMET..

Ia sungguh mudah kerana teknik ini merupakan kaedah yang banyak membantu kita mengumpul lebih banyak susu ibu berbanding menggunakan pam..

Selain itu, sentuhan kulit ke kulit (tangan ke payudara) lebih efektif dalam merangsang payu dara untuk mengalirkan susu dengan lebih lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan daripada plastik..

Dengan menggunakan teknik ini juga, kita dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara,payu dara lebam mahupun kulit di sekitar melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan..

Sebelum melakukan teknik Marmet untuk memerah payudara, kita seharusnya melakukan urutan terlebih dahulu. Dengan itu, proses pemerahan pasti akan berjalan lancar..

MENGURUT

Cuci tangan ; pastikan ia bersih..tekap payudara dengan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam dan urutla mengikut langkah langkah di bawah:

1. Massage..dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukanmembulat dari hujung ketiak hingga aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri dan sebaliknya..
2. Stroke..gunakan kelima lima jari tangan,tekan payudara secara lembut.
3. Shake..condong kan sedikit badan kite ke depan, goyangkan dada secara lebut..Dengan ini, daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu.

MEMERAH

Langkah 1: Mengalirkan takungan susu
.

a. Buat pengangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm dari aerola. Manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bawah bahagian aerola. (Kedua dua jari ini berfungsi menampung bahagian payudara)..memandangkan payudara setiap ibu adalah berbeza, anggaplah payudara seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6..




b. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan tangah tadi.



c. Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada putting. Kemudian, lepaskan & ulang semula dengan melakukan pergerakan
 picit-lepas, picit-lepas.

d. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu berkurangan..

e. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8, dan 7 manakala jari telunjuk & jari tangah ke arah jam 5, 4, 3, 2, dan 1.


Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya..


f. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.

g. Beralihlah ke payudara di sebelahnya jika kite yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.

p/s: Semasa melakukan rutin picit-lepas, jangan lupa untuk terus menerus mengurut payudara. Cara sebegini sedikit sebanyak membantu susu ibu mengalir dengan lancar.


Elakkan Pergerakan ini!!


 cara ini salah.akan mengundang kerosakan serta kesakitan kepada payudara

1. Jangan picit putting payudara. Ini akan menyebabkannya lebam.
2. Jangan tarik putting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara
3. Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkannya melecet.
contoh salah dalam pengurusan marmet

 Langkah 2: Melancarkan Aliran Susu

1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima lima jari ke arah dada bermula daripada bahadian atas. Lakukan dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat ) saluran susu ) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.

2. Usap payudara bermula daripada atas hingga ke putting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda & seterusnya membantu melancarkan aliran susu..


Tempoh Pemerahan

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit ke 30 minit. Perah setiap payudara antara 5 hingga 7 minit, setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke & shake). Kemudian perah lagi setiap payudara dalam 3 hingga 5 minit. Selanjutnya ulang semula rutin urutan & diakhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payudara..


INFO

Ketika melakukan teknik marmet ini, pergerakan tangan harus lebih cepat daripada mata.
Penting: Teknik yang tidak tepat boleh mencederakan payudara.

source :
azhan

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

AKU DITIPU!!!!

Cerita yang kuambil dari blog waadat.blogspot.com ini sama seperti cerita aku... bezanya nama dan nombor telefon telah ditukar untuk tujuan penipuan!!! yg peliknya aku yg bijak pandai ni boleh jadi bodoh seketika transfer duit yang dimintanya 2. Petang ni baru nak wat police report. Sepatutnya penjual yg tipu pembeli ni tak... penjual yang kena tipu. APA KESS???? Apapun aku tak halalkan duit aku 2 1 sen pon. Perkara yang berbeza: No. HP# 0128474333 No. HP# 0168080333 Berdasarkan nombor akaun tu aku dah dapat detect siapa pemilik akaun tersebut, orang Sarawak. tapi itu belum boleh didedahkan selagi aku belum dapat kepastian dari pihak polis.... Aku sedih sangat sebab aku bukannya bisnes besar-besar. Sebulan sekali ada orang order pon payah sejak aku transfer ke JB ni. Nak dapat 50 seminggu pon payah. Orang yang wat benda ni 2 orang sorang laki & sorang perempuan. Setiap kali aku kol sik memenjang ada kat bank. Ker sebenarnya dia memng kerja kat bank?...

MASALAH BERDENGKUR

Nak cerita ini pengalaman sebenar. Bukan rekaaan. Korang mesti ingat lelaki aje yang tidur berdengkur kan? Sebenarnya tak. Perempuan pun ada juga. Sebenarnya orang yang ada masalah tidur berdengkur ni benda yang paling dia takut bila tidur rumah orang time kenduri-kendara ataupun hari raya. Kalau kena pergi kursus dan kena bermalam pun sama takut sangat. Bayangkan kalau mata dah mengantuk tahap terpejam sendiri pun sanggup tahan takut tertidur. Yela takut orang lain tak boleh tidur disebabkan dengkuran dia tu. Dapat orang yang paham tak mengapala. Kalau dapat orang yang menghina berbakul-bakul tu kau tak rasa terhina takpun kecil hati ke? Dapat pula orang yang selamba cakap aku tak boleh tidurla malam tadi ada bunyi macam mesin potong rumput.  Sebenarnya orang yang tidur berdengkur ni mulanya dia tak taupun dia ni tidur berdengkur sampaila tengah tidur ada yang kejutkan. Korang rasa dia sengaja ke nak tidur berdengkur agaknya?. Berdengkur ni bukan macam kentut atau sendawa bo...