Skip to main content

Shaklee Ostematrix melegakan sakit lutut

 Assalamualaikum,

Saya adalah salah seorang yang ambil ostematrix nih...ostematrix nih saya ambil ketika mula-mula ambil set 3M (set penyusuan). Saya makan setiap hari 4 biji sebelum tidur dan hasilnya alhamdulillah esoknya susu akan mencurah-curah setiap kali sesi pemerahan berbanding kalau saya tak ambil ostematrix (biasanya malas nak order la kunun). Disebabkan susu yang merundum bila tak ambil ostematrix saya rasa saya tak boleh putus hubungan dengan ostematrix.
Pada Bulan 12'2011 yang lalu saya diserang sakit pinggang yang amat teruk....saya pergi ke klinik pakar wanita dan kanak-kanak di Taman Rinting, doktor kata mungkin ada masalah dengan tulang belakang saya dan apa yang dicadangkan adalah supaya saya consume kalsium magnesium maka ostematrix lah penyelesaiannya. Walaupun tak ada ubat untuk sakit saya ni, tapi dengan adanya ostematrix mudah-mudahan mempermudahkan perjalanan hidup saya....dan utnuk pengetahuan di botol ostematrix tu tertera perkataan clinically tested

Ni pula pengalaman seorang lagi geng Euphoria, Pengalaman ini dipetik daripada Dayah aka RealUmmu

Nak cerita sedikit pengalaman saya bersama Shaklee Ostematrix. Dulu saya bermula dengan dengan set confinement. So memang tak ambil Oste (nama manja) la. Tapi saya dapat free Ostematrix sebotol sebab menang luck draw utk pelanggan GM. Boleh baca cerita kemenangan saya di sini. Tapi semasa tu, saya perapkan saja sebab saya konsisten minum susu semasa mengandung.Kekadang saja , kalau teringat, saya amik la.

Dah lepas confinement,saya dah tak rajin minum susu. Memang jenis yang tak suka minum susu pun. Walaupun tahu kepentingan susu dan kalsium pada tubuh terutama bagi saya ibu yang menyusu ni, namum diambil enteng. Sehinggalah lebih kurang 6 bulan bulan selepas anak kedua saya dilahirkan, saya terasa sakit lutut. Setiap kali nak dukung anak, pasti rasa sakit sangat lutut ni. Dalam 2 minggu jugaklah saya sakit macam ni. Saya bertanya kawan-kawan, agaknya kenapala saya sakit macam ni.Macam orang tua-tua aje lagaknya. Ada yang kata sakit ‘orat’ (sakit urat), ada yang kata angin tersumbat kat kepala lutut tu, Ada juga yang bertanya adakah saya minum susu secara konsisten? Saya pun rasa mungkin dari kekurangan kasium dalam tubuh. Isshh..umur dah nak masuk 30-an, dah nak kena osteoporosis (tulang poros)

Kemudian saya teringat Ostematrix yang kaya dengan Kalsium juga kehadiran Magnesium. Cepat-cepat saya dapatkan produk ini. Saya konsisten amalkan 4biji di waktu malam sebelum tidur, menggantikan susu dan berharap jika betullah ini masalah kekurangan kalsium, harapnya oste dapat membantu.

Alhamdulillah, memang masalah saya ni adalah kurang kalsium agaknya.Lepas amalkan Oste ni untuk beberapa minggu, dengan izin Allah,masalah sakit lutut ni dah hilang sedikit demi sedikit. Hingga kini saya tiada masalah sakit tulang /kepala lutut lagi.

Sedikit fakta mengenai keperluan kalsium dan masalah tulang poros ini.

Melalui pembacaan ,Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah

Mengikut kenyataan dalam Portal 1Klik

Penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Shaklee Ostematrix, sumber kalsium mengandungi kesemua nutrient yang di'bold'kan dengan warna merah. Mungkin tepat telahan saya. Saya ni kekurangan kalsium. Jika ingin berkenalan dengan Oste ni, boleh rujuk di sini

Comments

  1. untuk hilang atau kurang kesakitan di bahagian lutut cuba sapu minyak DABUS Aromaterapi. juga berkesan untuk mengubati parut dan kesan luka.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular posts from this blog

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

Rahsia banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut

Assalamualaikum,  Ada setengah orang berharap susunya banyakkkk tapi malas nak pam susu masa di pejabat. komitmen kena tinggi barulah dapat hasilkan stok susu untuk bayi dengan banyak. Pedulikan orang yang dapat stok penuh freezer tu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Anak saya yang sulung ecslusive breastfeeding selama 6 bulan. Alhamdulillah, tapi lepas 6 bulan susu start berkurang. Mungkin salah saya juga sebab saya tak rajin bangun malam untuk pam maka stok tak cukup terutama bila saya kena outstation (perkara yang saya sangat takut sebab saya target nak susukan dia hingga dia berumur 2 tahun). Selain dari komitmen ibu-ibu, pemakanan ibu pun turut memainkan peranan....hurm....jom kita baca artikel dari Puan Suriya Majid Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastiny...