Skip to main content

P.E.R.H.A.T.I.A.N kpd moms to be, mummy2 yg sedang berpantang & ibu yang bekerja. Kata2 negatif peluntur semangat untuk breastfeeding !!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaa..
Entri ni khas untuk bakal ibu2 (yg sedang pregnant), yg sedang berpantang serta yang bekerja. 
Ni antara peluntur semangat kita untuk BREASTFEED anak2 kita...
Jauhkannya!!!! :-


1. "Bukan semua ibu ada ada susu badan."
Tak betul! Semua wanita dicipta mempunyai salur susu yg sama banyak dengan wanita2 lain. Malah ada yg  production susunya lebih dari keperluan baby
Kebanyakan baby2 yg tak naik sgt berat badan bukannya disebabkan si ibu tak cukup susu tetapi adalah disebabkan cara penyusuan yang salah. 
Sebab tu,ibu2 kena belajar teknik yg betul untuk menyusukan baby. Mintak tolong nurse ajar @ rakan2 yg breastfeed anak2 mereka.



2. "Biasalah tu kalau menyusukan anak kita rasa sakit kat breast."
Tak betul! Kalau kita menyusukan dengan cara yg betul,biasanya tak menyakitkan. 
Kalau setakat rasa nyeri2 sikit kat perut tu disebabkan rahim kita sedang mengecut. 
Menyusu baby mempercepatkan rahim kita mengecut. Lagi pulak,kalau melecet kat 
nipple tu, jangan stop susukan baby..
Caranya pas nyusu, picit keluar susu kita 
sikit, sapu sekeliling nipple,biar kering udara. Nak sapu nipple cream pun boleh jugak. 
Biasa dalam 2-3 hari akan sembuh. Tapi tetap nyusukan cam biasa. 
Takut nanti bengkak susu pulak. 
Kalau tak ok lebih 3 hari, cuba consult dgn doktor atau lebih baik 
jumpa pakar laktasi.



3. "Susu tak cukup lepas bersalin sampai hari keempat pun ada."
  •  Tak betul! Biasanya kalau cara baby hisap salah,macamana nak produce susu, sebab rangsangan tiada. Pastikan baby disusukan dengan cara yg betul. Lagi pulak, memang 1-3 hari pertama, breast kita hanya mengeluarkan kolostrum, sebab tu kena kerap beri baby hisap (on demand), supaya ada rangsangan n susu matang akan keluar cepat. So, jangan putus asa kata korang takde susu, pastu terus decide nak bagi susu formula!
  • Ada lagi,baby nampak macam tak puas nyusu, cuba tanya nurse dulu ,suh diorg tgk,betul ke cara korang menyusukan baby? bukan pe,takut salah je cara latch on tu. Cuba dengar,masa baby hisap tu,ada dengar tak dia hisap, telan,hisap telan. Takpun,leh tengok pada leher dia. 
  • Ada lak,makcik2 yg banyak bunyik, cakap baby tu minum susu tak puas. Ni yg malas ni, ni yg wat korang terpengaruh nak bagi susu formula ni konon sebab kesian kat anak takut tak kenyang...Lagi kesian kalau tau,sebenarnya perut dia masa tu,kecik je, sebesar guli je baru, pastu,kita nak paksa minum susu formula..Ish..sampai hati korang...:(
  • Pastu,ada lak yg suh perah@pam nak tengok berapa banyak susu korang ada. Ini kesian betul org ni,betul2 tak faham ilmu breastfeeding..Maaf ye,hasil susu yg diperah atau dipam bukan hasil sebenar pengeluaran susu kita. Jangan silap eh..Breast kita unik.Subhanallah..Percayalah pada ciptaan Allah yg Maha Sempurna ini..! Harap korg dapat bolayan karenah2 makcik bz ini dengan penuh adab sopan dan tatasusila..(Dengar saja, ikut jangan).Okeh! :)
Kesimpulannya sebenarnya,susu yg kita ada pas bersalin tu,cukup utk mengenyangkan baby kita. Percayalah.. :)

Semoga entry ni bermanfaat untuk mom2 and mommy to be :)

credit to anakibushop

Comments

Popular posts from this blog

DADAH DALAM REDBULL DAN LIVITA

Kumpulan dadah perangsang merupakan kumpulan dadah yang bertindak ke atas sistem otak untuk menghasilkan kesan ransangan seperti peningkatan tumpuan terhadap aktiviti kerja dan menghilangkan rasa lesu badan. Terdapat beberapa jenis dadah yang dikategorikan sebagai perangsang dan sering disalahguna bagi mendapatkan kesan ransangan. Sebaliknya kesan buruk yang dihasilkan akibat penggunaan dadah tersebut langsung tidak dihiraukan. Di antara kesan buruk yang diketahui terhasil daripada penggunaan dadah perangsang ialah ketagihan dadah, tidak waras, gila, dan perubahan emosi seperti panas baran, tidak berupaya tidur, serta rasa murung. Selain itu penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan keracunan dan kematian. JENIS DADAH PERANGSANG Di antara jenis dadah perangsang termasuklah dadah perangsang ringan (DPR) iaitu nikotin yang terdapat dalam rokok, kafeina yang terdapat dalam kopi, teh, dan minuman bercoklat. Minuman ringan penghilang letih seperti jenama LIVITA dan RED BUL...

TIPS MEMBELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Sekiranya anda berada berdekatan dengan mana-mana cawangan Shaklee yang sah, dan berhajat mahu membeli sendiri produk Shaklee serta mendapat harga ahli, bolehlah ikuti tips di bawah. PERTAMA Anda perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu dengan menggunakan Id saya sebagai sponsor. Sebelum melangkah masuk ke mana-mana cawangan Shaklee, pastikan anda mempunyai maklumat ini. * Shaklee ID : 852667 * Nama : Norfarhana Binti Khairi * Contact No. : 017-7018763 ** Anda juga boleh menghubungi saya terlebih dahulu untuk konsultasi percuma, cadangan suplemen mahupun untuk mengetahuI harga produk untuk membuat budget. KEDUA Pergi ke mana-mana cawangan Shaklee yang sah (seperti berikut) dan ber'shopping' lah! Shaklee HQ : JA-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. No Tel: 03-5622 3188 KL Branch : 31 Jalan 2A/27A, Section 1, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.. No tel 03-41426442 Penang Branch : A-2 Jalan Todak, Pusat Bandaraya, Seberang Jaya , P...

Rahsia banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut

Assalamualaikum,  Ada setengah orang berharap susunya banyakkkk tapi malas nak pam susu masa di pejabat. komitmen kena tinggi barulah dapat hasilkan stok susu untuk bayi dengan banyak. Pedulikan orang yang dapat stok penuh freezer tu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Anak saya yang sulung ecslusive breastfeeding selama 6 bulan. Alhamdulillah, tapi lepas 6 bulan susu start berkurang. Mungkin salah saya juga sebab saya tak rajin bangun malam untuk pam maka stok tak cukup terutama bila saya kena outstation (perkara yang saya sangat takut sebab saya target nak susukan dia hingga dia berumur 2 tahun). Selain dari komitmen ibu-ibu, pemakanan ibu pun turut memainkan peranan....hurm....jom kita baca artikel dari Puan Suriya Majid Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastiny...