Skip to main content

Posts

Hukuman meninggalkan solat dalam kesesakan lalulintas

Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas? Bolehkah saya melakukan solat jama'  dalam keadaan begini?  Jawapan - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh diitinggalkan walau dalam apa jua keadaan. Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh menjamakkan solat antara zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak. Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam Fatawanya, sekiranya seseorang yang berniat musafir, boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar. Ini disebabkan kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat. Walaubagaiman...

Pandangan MUIS Berkenaan Meraikan Perayaan Agama Bukan Islam

Setiap individu muslim hendaklah meyakini bahawa hanya Islamlah agama yang benar dan diterima Allah SWT. Firman Allah dalam al-Quran (Ali 'Imran: 19): Yang bermaksud: "Sesungguhnya agama di sisi Allah SWT ialah Islam." Seorang Muslim juga perlu meyakini bahawa agama selain daripada Islam adalah ditolak dan tidak diterima oleh Allah SWT. Firman Allah (Ali 'Imran: 85) Yang bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk di kalangan orang yang rugi." Oleh kerana itu, setiap tindakan, amalan atau pengucapan seorang Muslim yang menggambarkan seolah-olah beliau menerima kepercayaan dan amalan agama lain hendaklah dihindari. Namun begitu sifat toleransi dalam Islam tidak sama sekali menghalang penganut agama lain mengamalkan ajaran agama yang mereka anuti. Hakikat ini dapat kita fahami melalui beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah SWT (al-Baqarah: 256): Yang bermaksud: "Tia...
This is an e-mail from (IPPJ Sdn Bhd) sent by Farhana ( hana.khairi@gmail.com ). You may also find the following link interesting: http://www.ippj.com.my/index.php/component/content/article/46-karnival-mahabbah-ikimfm/51-karnival-mahabbah-ikimfm-2012.html

Bagaimana Untuk Memaksimakan Kesuburan Anda

credit to alamhamil Pertama sekali anda harus memahami bagaimana badan kita berfungsi, bila saat yang paling subur untuk hubungan seks dan bila perlu mendapatkan rawatan. Kehamilan sebenarnya bergantung kepada beberapa kejadian penting. Setiap bulan, kelenjar pituitari yang terletak pada otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan meransang ovari untuk mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil ovulasi. Ini berlaku selalunya pada hari ke 14-16 haid anda. Sebaik sahaja telur dilepaskan dari ovari, ia akan memulakan perjalanan di dalam salur fallopian, pada saat inilah anda dalam keadaan subur sekali. Telur cuma mempunyai 24 jam sahaja untuk bersatu dengan sperma. Kerana sperma boleh hidup didalam salur peranakkan wanita dengan lebih lama iaitu 2-3 hari selepas ejakulasi, adalah disarankan anda membuat hubungan seks setiap hari sebelum saat kesuburan. Sebaik sahaja telur sudah disenyawakan, ia akan memulakan perjalanan kedalam rahim dan kehamilan akan terjadi...

Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda

Perbaiki diet anda Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur. Ambillah vitamin tambahan Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat. Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan...

P.s aka PS.

Assalamualaikum, Hari ni saya nak kongsikan tentang perkataan p.s aka ps. Bila kita hantar resume berbahasa Inggeris atau surat rasmi berbahasa Inggeris anda pasti perasan ada notasi p.s tersebut. Maka saya kongsikan apakah maksud p.s aka ps. tersebut dan bilakah penggunaan yang sepatutnya atau sebenar-benarnya. Meh kita baca artikel berkaitan notasi tersebut yang dipertik dari laman wise geek In a written communication, “P.S.” stands for the Latin phrase post scriptum , which means “after writing.” It is meant to reflect the fact that the text marked with “P.S.” was added after the other material had already been written, as an afterthought. You may also see a “P.P.S.” below a “P.S.,” and potentially one could create a cascade of “P.P.P.S.'s” and “P.P.P.P.S.'s,” although this is generally viewed as bad form. There are a number of reasons to add a post scriptum , known as a postscript in English. Most commonly, people include a postscript when they re...

Shaklee Ostematrix melegakan sakit lutut

  Assalamualaikum, Saya adalah salah seorang yang ambil ostematrix nih...ostematrix nih saya ambil ketika mula-mula ambil set 3M (set penyusuan). Saya makan setiap hari 4 biji sebelum tidur dan hasilnya alhamdulillah esoknya susu akan mencurah-curah setiap kali sesi pemerahan berbanding kalau saya tak ambil ostematrix (biasanya malas nak order la kunun). Disebabkan susu yang merundum bila tak ambil ostematrix saya rasa saya tak boleh putus hubungan dengan ostematrix. Pada Bulan 12'2011 yang lalu saya diserang sakit pinggang yang amat teruk....saya pergi ke klinik pakar wanita dan kanak-kanak di Taman Rinting, doktor kata mungkin ada masalah dengan tulang belakang saya dan apa yang dicadangkan adalah supaya saya consume kalsium magnesium maka ostematrix lah penyelesaiannya. Walaupun tak ada ubat untuk sakit saya ni, tapi dengan adanya ostematrix mudah-mudahan mempermudahkan perjalanan hidup saya....dan utnuk pengetahuan di botol ostematrix tu tertera perkataan cl...